Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM345 / 11.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Serangan di Gaza yang berpanjangan telah merampas rumah dan mereka kini menjadi pelarian, mencari tempat tinggal yang selamat. Dalam keadaan yang tidak mudah, ramai antara mereka terpaksa tidur di hadapan hospital di tingkat sementara kerana tempat berteduh yang terhad.
Kempen Khemah dan Tilam Tidur untuk Gaza menjemput anda untuk bersama-sama memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan perlindungan dalam masa genting ini. Khemah dan alas tidur adalah keperluan asas bagi pelarian yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tidur di luar rumah atau di hadapan hospital. Dengan bantuan anda, kami boleh menyediakan mereka tempat tidur yang selamat dan selesa.
Begitu ramai orang yang menjadi pelarian hari ini menderita, baik dari segi fizikal dan emosi. Bantuan kami boleh memberi mereka perlindungan daripada cuaca melampau dan ruang selamat untuk merenung dan sembuh.
Kita mungkin tidak dapat memulihkan rumah yang hilang, tetapi kita boleh menyediakan tempat perlindungan dan rehat yang selamat untuk mereka yang kehilangan begitu banyak. Mari kita bekerjasama untuk membantu mereka yang tidur di hadapan hospital di tingkat sementara. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan
Semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, minggu lepas pasukan Asar Humanity di Gaza telah berjaya mengagihkan 1,000 pek makanan sedia untuk dimakan kepada penduduk di Gaza yang terjejas akibat serangan Zionis pada 7 Oktober lalu di Hospital Dar Al-Shifa, kawasan Rimal Utara, Semenanjung Gaza.
Alhamdulillah ala kulli haal, semoga Allah SWT memberikan keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun badan ini masih belum mampu bertempur secara langsung di medan perang, namun dari keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, semoga ianya akan tercatat sebagai sebahagian daripada perjuangan kita bersama Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan.
Sedikit cerita dari pasukan pengedaran Asar Humanity di Gaza, lokasi hospital Dar Al Shifa adalah tempat paling bahaya di Gaza. Hospital ini telah menerima beberapa ancaman untuk dibombardir oleh Zionis, mereka diminta mengosongkan tempat ini, walaupun hospital itu adalah tempat yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa untuk diserang.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Ayuh teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 27, 2023
ABDUL KARIM BIN HUSAIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
JUNE ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023