Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan
Semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, minggu lepas pasukan Asar Humanity di Gaza telah berjaya mengagihkan 1,000 pek makanan sedia untuk dimakan kepada penduduk di Gaza yang terjejas akibat serangan Zionis pada 7 Oktober lalu di Hospital Dar Al-Shifa, kawasan Rimal Utara, Semenanjung Gaza.
Alhamdulillah ala kulli haal, semoga Allah SWT memberikan keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun badan ini masih belum mampu bertempur secara langsung di medan perang, namun dari keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, semoga ianya akan tercatat sebagai sebahagian daripada perjuangan kita bersama Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan.
Sedikit cerita dari pasukan pengedaran Asar Humanity di Gaza, lokasi hospital Dar Al Shifa adalah tempat paling bahaya di Gaza. Hospital ini telah menerima beberapa ancaman untuk dibombardir oleh Zionis, mereka diminta mengosongkan tempat ini, walaupun hospital itu adalah tempat yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa untuk diserang.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Ayuh teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.