MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 19, 2024

INFAQ PENDIDIKAN FARDHU AIN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM290 / 9.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH MENANAM BENIH PAHALA YANG BERGANDA DENGAN MENYUMBANG UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK TAHFIZ DI MAAHAD KAMI MEMPELAJARI ILMU FARDU AIN.


Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang kami kasihi sekalian. Ilmu fardhu ain merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Oleh itu, kami ingin menyeru semua muslimin dan muslimat untuk membantu dalam memastikan anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah mendapatkan pengajian kelas fardhu ain yang sebaiknya.



Bagi pelajar tahfiz, pemahaman yang kukuh terhadap ilmu fardhu ain adalah sebahagian penting dalam perjalanan ke arah menghafal Al-Quran dengan sempurna. Ilmu fardhu ain membentuk landasan yang kukuh dalam memahami ajaran agama secara menyeluruh dan membantu mereka memperoleh kefahaman yang mendalam tentang tuntutan agama dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu, ilmu fardhu ain adalah tonggak kejayaan yang memastikan pembangunan rohani dan akhlak yang kukuh dalam perjalanan mereka sebagai pelajar tahfiz.


Salah satu aspek penting penggunaan sumbangan selain untuk memastikan kelancaran kelas fardhu ain para pelajar kami adalah untuk membayar upah kepada guru-guru fardhu ain yang mengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Mereka adalah tulang belakang dalam penyampaian ilmu fardhu ain kepada pelajar kami. Dengan sokongan anda, kami dapat memastikan bahawa mereka menerima ganjaran yang setimpal atas jasa mereka dalam mendidik generasi penerus umat Islam. Di samping itu, pihak maahad akan menggunakan hasil sumbangan ini bagi membeli dan membekalkan kitab-kitab pengajian serta buku-buku tulis dan alat-alat tulis kepada mereka.



Ayuh bersama-sama menegakkan kepentingan ilmu agama dengan menyumbangkan infaq bermula RM10 untuk kelancaran kelas fardhu ain di maahad kami. Dengan demikian, anda telah turut serta dalam memastikan setiap pelajar memperoleh akses kepada ilmu yang akan mengukuhkan iman dan amalan mereka.


Rasulullahﷺ bersabda:


“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

(Hadis Riwayat al-Muslim)


Dengan sokongan dan sumbangan anda bermula sebanyak RM10, anda tidak hanya membantu dalam menyediakan pendidikan yang penting bagi mereka, tetapi juga membuka pintu keberkatan dan pahala yang tidak terhingga. Semoga setiap sumbangan anda akan menjadi ladang amal yang berterusan dan membawa keberkatan kepada pelajar-pelajar kami. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2024

JALALUDDIN ABD LATIF

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat