Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 19, 2024
RM290 / 9.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang kami kasihi sekalian. Ilmu fardhu ain merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Oleh itu, kami ingin menyeru semua muslimin dan muslimat untuk membantu dalam memastikan anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah mendapatkan pengajian kelas fardhu ain yang sebaiknya.

Salah satu aspek penting penggunaan sumbangan selain untuk memastikan kelancaran kelas fardhu ain para pelajar kami adalah untuk membayar upah kepada guru-guru fardhu ain yang mengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Mereka adalah tulang belakang dalam penyampaian ilmu fardhu ain kepada pelajar kami. Dengan sokongan anda, kami dapat memastikan bahawa mereka menerima ganjaran yang setimpal atas jasa mereka dalam mendidik generasi penerus umat Islam. Di samping itu, pihak maahad akan menggunakan hasil sumbangan ini bagi membeli dan membekalkan kitab-kitab pengajian serta buku-buku tulis dan alat-alat tulis kepada mereka.
Ayuh bersama-sama menegakkan kepentingan ilmu agama dengan menyumbangkan infaq bermula RM10 untuk kelancaran kelas fardhu ain di maahad kami. Dengan demikian, anda telah turut serta dalam memastikan setiap pelajar memperoleh akses kepada ilmu yang akan mengukuhkan iman dan amalan mereka.
Rasulullahﷺ bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

Dengan sokongan dan sumbangan anda bermula sebanyak RM10, anda tidak hanya membantu dalam menyediakan pendidikan yang penting bagi mereka, tetapi juga membuka pintu keberkatan dan pahala yang tidak terhingga. Semoga setiap sumbangan anda akan menjadi ladang amal yang berterusan dan membawa keberkatan kepada pelajar-pelajar kami. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ALISYA DIYANA ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 20, 2024