Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN MISI KEAMANAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA MALAYSIA
Dimulakan pada Jan 10, 2025
RM1,955 / 3.91 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah SWT untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan-amalan sunat seperti Solat Sunat Terawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jama'ie, dan Sedekah adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan pada bulan ini.

Bulan Ramadhan penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan jika dilakukan dengan ikhlas.



Persatuan Misi keamanan dan Bantuan kemanusiaan Antarabangsa Malaysia BANTU merayu sumbangan untuk iftar Ramadhan Sekolah Tahfiz Al Habbah, Taman Jasa Utama, Batu Caves, Selangor bagi tahun 2025 yang merangkumi program berbuka puasa dan sahur. Anggaran berbuka dan sahur setiap hari melibatkan lebih 150 pelajar, guru dan ibubapa adalah sebanyak RM 2,500.


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika anda tidak mampu untuk menyumbang, bantulah pihak kami untuk menghebahkan kempen ini. Sokongan dan doa dari anda semua kami harapkan agar kempen ini berjaya dalam usaha kita mendapat ganjaran besar Ramadhan dengan rahmat Allah berlipat kali ganda kepada umatnya yang beriman.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 07, 2025
NURUL TAHAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 04, 2025
NURUL TAHAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM500.00
Mar 03, 2025