INFAQ BERBUKA PUASA RAMADHAN 2025 SEKOLAH TAHFIZ AL HABBAH

RM1,955 / 3.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU Malaysia bersama sumbangan.com melancarkan sumbangan berbuka puasa pelajar dan tenaga pengajar sekolah Tahfiz Al Habbah Bat Caves Selangor bersama ibubapa serta kariah setempat. Jom menyumbang!


Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah SWT untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan-amalan sunat seperti Solat Sunat Terawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jama'ie, dan Sedekah adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan pada bulan ini.



Bulan Ramadhan penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan jika dilakukan dengan ikhlas.





Persatuan Misi keamanan dan Bantuan kemanusiaan Antarabangsa Malaysia BANTU merayu sumbangan untuk iftar Ramadhan Sekolah Tahfiz Al Habbah, Taman Jasa Utama, Batu Caves, Selangor bagi tahun 2025 yang merangkumi program berbuka puasa dan sahur. Anggaran berbuka dan sahur setiap hari melibatkan lebih 150 pelajar, guru dan ibubapa adalah sebanyak RM 2,500.




"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Jika anda tidak mampu untuk menyumbang, bantulah pihak kami untuk menghebahkan kempen ini. Sokongan dan doa dari anda semua kami harapkan agar kempen ini berjaya dalam usaha kita mendapat ganjaran besar Ramadhan dengan rahmat Allah berlipat kali ganda kepada umatnya yang beriman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 27, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 06, 2025

Kempen Sumbangan Tamat