Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, ASAR Humanity telah menyampaikan amanah dari Anda berupa roti kepada saudara-saudara di Gaza, Palestin. Berkat sokongan dan sumbangan dari Anda, kami telah berjaya menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang sangat memerlukannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, Allah akan memberinya makan dari buah-buahan syurga." (HR. Tirmidzi).

Dengan sumbangan roti ini, saudara-saudara kita di Gaza telah merasakan sedikit keringanan dalam hidup mereka yang penuh cabaran. Penyaluran roti ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas mereka, tetapi juga membawa rasa kasih sayang dan solidariti dari kita semua.

Sebelum ini, derma Anda telah digabungkan dengan derma daripada penderma lain untuk memberi manfaat yang lebih luas. Semoga Allah SWT membalas segala amal baik anda dengan pahala yang berlipat ganda dan menjadikan setiap sumbangan sebagai amal jariah yang berterusan.

Mari Teruskan Derma untuk Palestin!
https://sumbangan.com/rotipalestina
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah ala kulli haal. Tak cukup mengucap berjuta syukur atas keredhaan Allah SWT, tim Asar Humanity kembali menghantarkan pakej makanan asas dan barang runcit untuk saudara-saudara kita di Gaza. Pada kesempatan kali ini Tim Asar Humanity berjaya mengagihkan bekalanan makanan untuk saudara kita Palestina di kem pelarian wilayah Khan Younis. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Serangan penjajah yang berterusan dan halangan yang tidak dapat dielakkan menyeksa saudara-saudara kita di Gaza. Namun kekuatan doa dan sokongan insyaAllah dapat menembusi Arsyi Allah agar Allah mengizinkan bantuan ini menjadi tenaga perjuangan saudara kita di Palestin yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity




