ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 30, 2024

INFAQ SUBUH UNTUK BANTUAN ASAS MANGSA SERANGAN DI GAZA

RM365 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Maksimumkan derma harta di masa yang mustajab semasa bulan haram. Sampaikan bantuan paling asas kepada saudara-saudara kita di Gaza yang masih mengalami serangan dan pendudukan!


Di tengah-tengah serangan kejam Israel yang semakin keji, saudara-saudara kita di Gaza semakin menderita. Kolonialisme yang tidak berkesudahan, sekatan yang menyesakkan, dan serangan yang terus menghantui mereka telah menjadikan hidup mereka penuh dengan penderitaan. Kami sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, dan kami mungkin tidak berdaya untuk menghentikan ketidakadilan ini. Dunia seolah-olah menutup mata terhadap penderitaan ini, manakala negara berkuasa memilih untuk berdiam diri, membenarkan pembunuhan beramai-ramai berterusan tanpa sebarang tindakan sebenar.




Namun, ini bukan masanya untuk kita berputus asa. Kami menggesa negara-negara merdeka untuk mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan Zionis Israel. Tekanan politik dan ekonomi mesti ditingkatkan untuk menamatkan penindasan ini. Kami juga menuntut institusi antarabangsa bertindak secara proaktif dalam menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan memastikan pelanggaran yang dilakukan oleh Israel tidak lagi terlepas daripada hukuman.




Sementara itu cara kita adalah terus lanjutkan doa dan bantuan kita untuk saudara kita di Palestin. Seperti yang sudah berjalan, bantuan-bantuan asas kita hantarkan untuk saudara kita di sana. Marilah kita bersatu hati, hulurkan tangan dalam memberikan bantuan paling mendesak yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza. Daripada keperluan makanan melalui operasi dapur memasak, penyediaan air bersih, pakej makanan harian, sehinggalah kepada bantuan kesihatan dan perubatan, masih banyak yang boleh kita lakukan. Ini adalah salah satu cara kita terus berdiri bersama saudara kita di Palestin, menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan ini.





Setiap sumbangan yang anda berikan adalah bukti jelas bahawa kami mengambil berat dan bersedia untuk berjuang bersama-sama dengan saudara-saudara di Gaza. Bersama-sama, kita boleh membawa cahaya di tengah kegelapan yang mereka alami, membantu mereka bangkit dan mempertahankan hak mereka terhadap tanah air Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.


Semoga Allah SWT senantiasa memberkahi usaha kita dalam mewujudkan keadilan dan perdamaian.


Jom #Buatbaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat