ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 24, 2024

INFAQ SUBUH MUHARAM BERKONGSI MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

RM100 / 3.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kesempatan melipat gandakan amal shalih di bulan Muharam. Mari raih keredhaan Allah SWT dengan berinfaq mengagihkan makanan sihat bagi anak-anak tahfiz yatim yang tidak mampu!


Bulan Muharram yang penuh barakah ini akan berakhir dalam masa kurang daripada dua minggu lagi. Adakah kita telah memanfaatkan sepenuhnya bulan haram ini dengan amalan yang mulia? Jangan sia-siakan kesempatan ini, kerana kita perlu menunggu lima bulan lagi untuk kembali kepada bulan haram Rejab. Masa tidak menunggu kita.



Marilah kita bersama-sama memuliakan bulan ini dengan beramal. Salah satu amalan yang sangat mulia adalah dengan membantu anak-anak yatim tahfiz yang miskin dan memerlukan. Banyak maahad tahfiz menghadapi kekurangan dana untuk menyediakan makanan berkhasiat bagi pelajar mereka. Pelajar-pelajar ini datang daripada keluarga miskin, menyebabkan mereka tidak selalu mendapat makanan yang cukup dan sihat. Kekurangan nutrisi boleh menghambat proses pembelajaran dan penghafalan Al-Quran mereka.



Dengan membantu menyediakan makanan yang sihat, kita boleh membantu anak-anak yatim tahfiz ini untuk membesar dan berkembang dengan baik dan optimum. Makanan yang kaya dengan nutrisi akan membantu mereka mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan fizikal mereka. 



Selain itu, asupan nutrisi yang seimbang juga akan membantu mereka lebih fokus dan menumpukan perhatian dalam pelajaran. Harapan kita adalah agar mereka dapat menjadi generasi muda yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. Generasi muda inilah yang sangat diperlukan oleh bangsa dan negara. 




Asar Humanity mengajak anda untuk berinfaq mulai dari RM10, inshaAllah sumbangan ini akan diagihkan dalam bentuk pek makanan yang mengandungi nasi, protein daging, sayuran, buah-buahan, dan air minuman. Dengan memberikan pendidikan dan asupan nutrisi yang baik, kita dapat membantu mereka menjadi hafiz dan hafizah yang mampu menyebarkan syiar Islam dan menjadi teladan kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat