Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
26 SEPTEMBER 2022 / ISNIN
Assalamualaikum w.b.t.
Para dermawan yang dihormati dan dikasihi,
Alhamdulilah, Asrama Kasih YBK Gesir (ASKAG)
mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah menitipkan sumbangan untuk kempen ini. Untuk permulaan, dana awal yang diperolehi dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Ogos 2022 telah digunakan sebahagiannya untuk pembelian tikar sembahyang @ sejadah baru menggantikan sejadah lama yang sudah usang.
Ini adalah untuk keselesaan anak-anak ASKAG di samping tetamu yang melawat menunaikan solat dan beribadah. Dalam masa yang sama, pengurusan ASKA akan mengenal pasti kemudahan-kemudahan lain yang ingin diperbaiki dan dinaik taraf secara berperingkat berdasarkan sumbangan yang diterima dan kemampuan kewangan ASKAG dan YBK.
Antara kemudahan yang dihajati adalah;
• Pendingin hawa (aircond).
• Sistem siaraya (PA system) - surau ini tiada sistem siaraya dan perlu menggunakan sumber luar jika ada program/majlis.
• Komputer desktop, jangkaan keperluan 10 unit - untuk kegunaan pelajar melakukan kerja sekolah dan belajar.
• Projektor dan skrin layar.
Justeru, sumbangan anda amatlah diharapkan dan dihargai demi keselesaan anak-anak ini. Para dermawan yang memerlukan info lanjut atau ingin melihat sendiri asrama ini boleh menghubungi Ustaz Syaiful di nombor - 012 283 9531.
Asrama Kasih YBK Gesir adalah outlet pendidikan milik penuh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir dan miskin daripada umur 9 hingga 12 tahun (sekolah rendah).
Terima kasih.
4 OGOS 2022 / KHAMIS
Assalamualaikum w.b.t.
Kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan, terima kasih diucapkan.
Untuk makluman, Pengurusan Asrama Kasih YBK Gesir sedang dalam proses mengenal pasti perkara yang ingin dinaik-taraf. Antara pilihan adalah membeli sejadah baharu bagi menggantikan sejadah lama yang digunakan oleh anak-anak Asrama Kasih, dan perkara-perkara lain yang bersesuaian.
Insya-Allah kami akan maklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.