Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,140 / 0.23 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
68 Penyumbang
Kempen Berakhir!
ASKA Gesir ini telah menjadi tempat buat anak-anak ini menimba ilmu dan menjalani ibadah. Antara kemudahan yang terdapat ASKA Gesir adalah surau yang merupakan ruang solat dan juga berfungsi sebagai ruangan belajar dan pusat aktiviti pelajar.
Bagi menampung keperluan tambahan dan keselesaan kepada anak-anak ini, ASKA Gesir bercadang untuk menaik taraf perkara-perkara berikut dengan anggaran kos RM500,000.00.
1. 4 unit pendingin hawa 1.5 kuasa kuda (aircond).
2. Sistem siaraya (PA system).
3. Permaidani / karpet surau.
4. Rak buku.
5. 10 buah komputer desktop untuk kegunaan pelajar.
6. 1 unit projektor dan 1 unit skrin layar.
Kami ingin menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada kempen ini walaupun sedikit untuk kita berkongsi untuk memberikan keselesaan dalam menjalani ibadah dan sesi pembelajaran buat anak-anak ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan ASKA Gesir, sila berhubung dengan Ustaz Syaiful Akmal (Pengetua ASKA Gesir) di nombor 012 283 9531 atau 03 7875 0036 (Ibu Pejabat YBK), atau 011 5645 7832.
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
26 SEPTEMBER 2022 / ISNIN
Assalamualaikum w.b.t.
Para dermawan yang dihormati dan dikasihi,
Alhamdulilah, Asrama Kasih YBK Gesir (ASKAG)
mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah menitipkan sumbangan untuk kempen ini. Untuk permulaan, dana awal yang diperolehi dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Ogos 2022 telah digunakan sebahagiannya untuk pembelian tikar sembahyang @ sejadah baru menggantikan sejadah lama yang sudah usang.
Ini adalah untuk keselesaan anak-anak ASKAG di samping tetamu yang melawat menunaikan solat dan beribadah. Dalam masa yang sama, pengurusan ASKA akan mengenal pasti kemudahan-kemudahan lain yang ingin diperbaiki dan dinaik taraf secara berperingkat berdasarkan sumbangan yang diterima dan kemampuan kewangan ASKAG dan YBK.
Antara kemudahan yang dihajati adalah;
• Pendingin hawa (aircond).
• Sistem siaraya (PA system) - surau ini tiada sistem siaraya dan perlu menggunakan sumber luar jika ada program/majlis.
• Komputer desktop, jangkaan keperluan 10 unit - untuk kegunaan pelajar melakukan kerja sekolah dan belajar.
• Projektor dan skrin layar.
Justeru, sumbangan anda amatlah diharapkan dan dihargai demi keselesaan anak-anak ini. Para dermawan yang memerlukan info lanjut atau ingin melihat sendiri asrama ini boleh menghubungi Ustaz Syaiful di nombor - 012 283 9531.
Asrama Kasih YBK Gesir adalah outlet pendidikan milik penuh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir dan miskin daripada umur 9 hingga 12 tahun (sekolah rendah).
Terima kasih.
4 OGOS 2022 / KHAMIS
Assalamualaikum w.b.t.
Kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan, terima kasih diucapkan.
Untuk makluman, Pengurusan Asrama Kasih YBK Gesir sedang dalam proses mengenal pasti perkara yang ingin dinaik-taraf. Antara pilihan adalah membeli sejadah baharu bagi menggantikan sejadah lama yang digunakan oleh anak-anak Asrama Kasih, dan perkara-perkara lain yang bersesuaian.
Insya-Allah kami akan maklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 04, 2022
MOHAMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2022
AZRIN B SAARI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2022