Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 26, 2025
RM2,351 / 78.37 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Berkongsi rezeki sesama kita adalah amalan yang mulia dalam Islam. Manfaat kebaikan ini dirasai kepada mereka yang memerlukan. Pihak maahad mengambil kesempatan di hujung bulan Zulkaedah ini membuka peluang tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam infaq penyediakan keperluan pendidikan kepada pelajar-pelajar di sini yang kebanyakan mereka daripada keluarga anak yatim dan asnaf terutama pelajar-pelajar dari pedalaman Langkawi ini.

Pelajar-pelajar ini berhasrat dalam mendalami ilmu agama dan menjadi hafiz Al-Quran. Di sebalik kesulitan yang dialami keluarga mereka, para pelajar tetap gigih berusaha menuntut ilmu agama kerana mereka yakin dengan mengamalkan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang mulia, mereka akan dapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Melalui sumbangan ini ,ia membantu pihak maahad dalam penyediakan keperluan anak ini seperti yuran pengajian, makan dan minum, wang saku dan pembiayaan tiket feri pergi dan pulang ke Pulau Langkawi. Pada musim perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, kebiasaanya pelajar-pelajar dari Langkawi akan pulang ke kampung. Pihak maahad mengambil inisiatif dengan membantu pembayaran tiket feri mereka.

Ayuh kita bersama-sama menjadi sebahagian perjuangan anak-anak tahfiz ini yang bakal mewarisi ilmu agama dan membantu berkhidmat untuk agama dalam masyarakat kelak. Semoga infaq kalian menjadi saham akhirat yang sentiasa mengalir pahalanya dan diterima Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah , berkat sumbangan dan sokongan kalian ketiga-tiga pelajar dari Pulau Langkawi ini dapat menyambung semula pengajian selepas cuti selama satu minggu sempena Hari Raya Korban.Semoga dengan infaq yang disalurkan menjadi salah satu jalan dan cara bagi merebut pahala yang tak ternilai serta meraih keredaan Allah.
Alhamdulillah berkat sumbangan kalian , pihak maahad dapat membantu dalam pembelian tiket feri dari Langkawi ke Kuala Perlis..
Mereka telah kembali ke maahad dan meneruskan pembelajaran hafazan Al-Quran dan pengajian seperti biasa.



Assalamualaikum, wtb, alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT yang mentadbir seluruh alam yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya.Selawat dan salam di atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW .Pihak maahad mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang tuan-tuan dan puan-puan salurkan bagi menjayakan kempen ini.
Berkat sumbangan kalian, pihak kami telah membantu anak-anak tahfiz dalam membiayai tiket feri secara online untuk mereka pulang ke kampung sempena hari Raya Korban ini.


Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 31, 2025
MUSTAPHA HUSSIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025