MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 26, 2025

SUMBANGAN INFAQ KEPERLUAN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM LANGKAWI

RM2,351 / 78.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU KEPERLUAN ANAK TAHFIZ LANGKAWI MENDALAMI ILMU AGAMA DAN MENGHAFAL AL-QURAN.


Berkongsi rezeki sesama kita adalah amalan yang mulia dalam Islam. Manfaat kebaikan ini dirasai kepada mereka yang memerlukan. Pihak maahad mengambil kesempatan di hujung bulan Zulkaedah ini membuka peluang tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam infaq penyediakan keperluan pendidikan kepada pelajar-pelajar di sini yang kebanyakan mereka daripada keluarga anak yatim dan asnaf terutama pelajar-pelajar dari pedalaman Langkawi ini. 



Pelajar-pelajar ini berhasrat dalam mendalami ilmu agama dan menjadi hafiz Al-Quran. Di sebalik kesulitan yang dialami keluarga mereka, para pelajar tetap gigih berusaha menuntut ilmu agama kerana mereka yakin dengan mengamalkan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang mulia, mereka akan dapat kejayaan di dunia dan di akhirat.



Melalui sumbangan ini ,ia membantu pihak maahad dalam penyediakan keperluan anak ini seperti yuran pengajian, makan dan minum, wang saku dan pembiayaan tiket feri pergi dan pulang ke Pulau Langkawi. Pada musim perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, kebiasaanya pelajar-pelajar dari Langkawi akan pulang ke kampung. Pihak maahad mengambil inisiatif dengan membantu pembayaran tiket feri mereka.



Ayuh kita bersama-sama menjadi sebahagian perjuangan anak-anak tahfiz ini yang bakal mewarisi ilmu agama dan membantu berkhidmat untuk agama dalam masyarakat kelak. Semoga infaq kalian menjadi saham akhirat yang sentiasa mengalir pahalanya dan diterima Allah SWT. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2025

Kempen Sumbangan Tamat