Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen



Kepada Para Penyumbang dan Penyokong yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya mengumumkan penyelesaian Projek Telaga Air Nombor 21 untuk Sekolah Menengah Pulau Banggi, Sabah, satu-satunya sekolah menengah di pulau ini. Projek penting ini kini menyediakan sumber air bersih yang boleh dipercayai untuk 800 pelajar, termasuk 390 pelajar asrama, dan 74 guru.
Tidak seperti projek sebelum ini, inisiatif ini tidak menggunakan tenaga solar kerana skala dan kerumitannya. Dengan infrastruktur sekolah yang luas, jarak antara sumber air dan infrastruktur paling jauh adalah kira-kira 400 meter. Teknologi solar semasa tidak dapat menangani jarak ini dengan berkesan, jadi pam air diesel digunakan sebagai alternatif. Sekolah ini mendapat manfaat daripada subsidi bekalan diesel yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan operasi pam yang konsisten.
Projek ini adalah langkah penting dalam menangani cabaran bekalan air yang dihadapi oleh sekolah, terutamanya semasa musim kemarau, memastikan akses berterusan kepada air bersih untuk para pelajar dan kakitangan.
Terima kasih atas sumbangan murah hati dan sokongan berterusan anda dalam merealisasikan projek yang memberi impak besar ini.



Alhamdulillah, Projek Air Ke 20 di Kg Laksian, Pulau Banggi, Sabah, siap dilaksanakan. Telaga bertenaga solar ini serta sistem air yang dibina akan memberikan air bersih untuk Surau, Sekolah Rendah dan penduduk kampung di sini. Sebahagian besar kos projek ini ditaja oleh seorang individu serta hasil sumbangan anda semua. Kami akan update Projek Air Ke 21 pula nanti.



Alhamdulillah, Projek Air Ke 20 di Kg Laksian, Pulau Banggi, Sabah, siap dilaksanakan. Telaga bertenaga solar ini serta sistem air yang dibina akan memberikan air bersih untuk Surau, Sekolah Rendah dan penduduk kampung di sini. Sebahagian besar kos projek ini ditaja oleh seorang individu serta hasil sumbangan anda semua. Kami akan update Projek Air Ke 21 pula nanti.

Kerja-kerja menaikan barang-barang di Jeti Kudat untuk projek air yang ke 20 dan 21 sedang berjalan.

Bot besar ini dengan muatan akan belajar selama 3 jam ke Pulau Banggi untuk menurunkan barang-barang tersebut, kemudian sebuah lori menunggu untuk mengangkutnya ke 2 lokasi. Kami akan kemaskini perkembangan terkini hingga siap.

Sebelum bulan Mac 2025, kebetulan Ramadan jatuh awal Mac, kami mensasarkan untuk menyiapkan lagi 10 buah telaga air kerana bulan Mac adalah permulaan musim panas di mana kemarau akan bermula selepas itu.
Ayuh, teruskan menyumbang dan raih saham akhirat yang berterusan.

TELAGA KE 18 – TENAGA SOLAR
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Projek telaga Air Yang Ke 18 telap siap di Kampung Laksian, Pulau Banggi, Sabah.
Terima kasih kepada semua penyumbang!

Semoga Allah gantikan harta anda dengan yang lebih baik dan barokah.
Untuk makluman anda, untuk pertama kali juga kami pasang solar panel untuk menjana kuasa bagi pam air. Sebelum ini, pam air menggunakan diesel atau petrol, ini menyebabkan mahal untuk penduduk kampung beli minyak kerana pulau ini tiada stesen minyak.
Kami juga telah siap telaga yang ke 19, insya Allah kami kemaskini dalam masa terdekat.
Ayuh, rebut peluang untuk kita sama-sama kita bina telaga ke 20 dan seterusnya, juga dipasang solar panel.