Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM44,704 / 89.41 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
1455 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setakat ini Iltizam Relief Society telah membina 17 buah telaga air di Sabah. Terdapat dua telaga di Pulau Tanjung Manawali, sepuluh telaga di Pulau Banggi, satu di Pulau Lagaton, satu di Pulau Mandidarah, dua di Pulau Nunuyan Laut dan satu di Kg Inaruntung (Pitas).
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)

Sehingga kini, Iltizam Relief Society telah membina 17 buah telaga air di Sabah. Terdapat dua telaga di Pulau Tanjung Manawali, sepuluh telaga di Pulau Banggi, satu di Pulau Lagaton, satu di Pulau Mandidarah, dua di Pulau Nunuyan Laut dan satu di Kg Inaruntung (Pitas).

Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang terus mengalir kepada penderma khususnya melalui sumbangan.com ini, seperti air telaga ini mengalir ke rumah-rumah mereka. Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief akan meneruskan projek telaga air di Sabah.

Di Pulau Banggi, dikatakan pulau terbesar di Malaysia, walaupun kami telah bina 12 buah telaga namun keperluan air bersih jauh dari cukup di pulau ini. Ketika Ramadhan yang lalu, Pulau Banggi telah dilanda kemarau luar jangka sehingga air loji juga kering. Kami difahamkan telaga-telaga air yang dibina oleh Iltizam Relief Society telah menjadi tumpuan penduduk kampung mendapatkan bekalan air.

Buat masa ini, kampung-kampung di pulau ini bergantung penuh kepada air hujan dan telaga dikorek sendiri. Telaga air yang mereka korek itu cetek, terdedah kepada pencemaran dan berbahaya.

Konsep telaga air Iltizam pula adalah tertutup, dibina menara air supaya air mudah mengalir ke rumah-rumah penduduk dengan tarikan graviti.

Kos pembinaan amatlah tinggi disebabkan barang binaan perlu dibeli dari tanah besar, disewa bot besar atau kapal untuk diangkut ke Pulau Banggi.

Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Filipina telah pun menuntut Sabah melalui PBB. Jika ini wilayah kita, maka tanggungjawab kita bangunkannya. Pulau-pulau ini tiada harapan akan mendapat air paip, maka telaga air ini akan digunakan lama dan pahala jariah kembali kepada anda.

Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid/ surau dan sekolah.

Setiap projek telaga air kami bina adalah:
1. Sebuah telaga air
2. Menara tangki air
3. Tangki air yang besar
4. Pam air bermotor / guna tenaga solar
5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan

Oleh sebab itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi, tetapi, amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka dengan tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT. Jom bina satu telaga air di Sabah!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami



Kepada Para Penyumbang dan Penyokong yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya mengumumkan penyelesaian Projek Telaga Air Nombor 21 untuk Sekolah Menengah Pulau Banggi, Sabah, satu-satunya sekolah menengah di pulau ini. Projek penting ini kini menyediakan sumber air bersih yang boleh dipercayai untuk 800 pelajar, termasuk 390 pelajar asrama, dan 74 guru.
Tidak seperti projek sebelum ini, inisiatif ini tidak menggunakan tenaga solar kerana skala dan kerumitannya. Dengan infrastruktur sekolah yang luas, jarak antara sumber air dan infrastruktur paling jauh adalah kira-kira 400 meter. Teknologi solar semasa tidak dapat menangani jarak ini dengan berkesan, jadi pam air diesel digunakan sebagai alternatif. Sekolah ini mendapat manfaat daripada subsidi bekalan diesel yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan operasi pam yang konsisten.
Projek ini adalah langkah penting dalam menangani cabaran bekalan air yang dihadapi oleh sekolah, terutamanya semasa musim kemarau, memastikan akses berterusan kepada air bersih untuk para pelajar dan kakitangan.
Terima kasih atas sumbangan murah hati dan sokongan berterusan anda dalam merealisasikan projek yang memberi impak besar ini.



Alhamdulillah, Projek Air Ke 20 di Kg Laksian, Pulau Banggi, Sabah, siap dilaksanakan. Telaga bertenaga solar ini serta sistem air yang dibina akan memberikan air bersih untuk Surau, Sekolah Rendah dan penduduk kampung di sini. Sebahagian besar kos projek ini ditaja oleh seorang individu serta hasil sumbangan anda semua. Kami akan update Projek Air Ke 21 pula nanti.



Alhamdulillah, Projek Air Ke 20 di Kg Laksian, Pulau Banggi, Sabah, siap dilaksanakan. Telaga bertenaga solar ini serta sistem air yang dibina akan memberikan air bersih untuk Surau, Sekolah Rendah dan penduduk kampung di sini. Sebahagian besar kos projek ini ditaja oleh seorang individu serta hasil sumbangan anda semua. Kami akan update Projek Air Ke 21 pula nanti.

Kerja-kerja menaikan barang-barang di Jeti Kudat untuk projek air yang ke 20 dan 21 sedang berjalan.

Bot besar ini dengan muatan akan belajar selama 3 jam ke Pulau Banggi untuk menurunkan barang-barang tersebut, kemudian sebuah lori menunggu untuk mengangkutnya ke 2 lokasi. Kami akan kemaskini perkembangan terkini hingga siap.

Sebelum bulan Mac 2025, kebetulan Ramadan jatuh awal Mac, kami mensasarkan untuk menyiapkan lagi 10 buah telaga air kerana bulan Mac adalah permulaan musim panas di mana kemarau akan bermula selepas itu.
Ayuh, teruskan menyumbang dan raih saham akhirat yang berterusan.

TELAGA KE 18 – TENAGA SOLAR
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Projek telaga Air Yang Ke 18 telap siap di Kampung Laksian, Pulau Banggi, Sabah.
Terima kasih kepada semua penyumbang!

Semoga Allah gantikan harta anda dengan yang lebih baik dan barokah.
Untuk makluman anda, untuk pertama kali juga kami pasang solar panel untuk menjana kuasa bagi pam air. Sebelum ini, pam air menggunakan diesel atau petrol, ini menyebabkan mahal untuk penduduk kampung beli minyak kerana pulau ini tiada stesen minyak.
Kami juga telah siap telaga yang ke 19, insya Allah kami kemaskini dalam masa terdekat.
Ayuh, rebut peluang untuk kita sama-sama kita bina telaga ke 20 dan seterusnya, juga dipasang solar panel.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2024
FAIZAH KASSIM
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 22, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 22, 2024
AINNE HUSSIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2024
UNTUK IBU BAPA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 22, 2024