Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 03, 2025
RM945 / 9.45 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
52 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air merupakan nadi utama keperluan asas bagi warga maahad kami yang terdiri daripada para pelajar dan para guru-guru yang menetap dan berkhidmat mendidik anak-anak tahfiz di sini. Untuk maklumat kalian, kawasan disekitar maahad ini telah berlaku pembinaan perumahan baru. Hal ini akan berlaku pertambahan penduduk di sekitar maahad ini.

Jadi, pihak SADA (Syarikat Air Darul Aman Kedah) menyarankan pihak maahad supaya menukar paip yang sedia ada kepada paip yang lebih besar bersaiz 2 inchi. Langkah ini diambil bagi membekalkan bekalan air bersih dalam kuantiti yang banyak untuk kemudahan warga maahad ini dan penduduk sekitar.

Insya-Allah, melalui saranan bernas ini,pihak kami sedia memberi kerjasama bagi memudahkan akses bekalan air bersih yang digunakan oleh anak-anak tahfiz seperti minuman, mandi, berwuduk,membasuh pakaian dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, pihak kami mengambil kesempatan di bulan Zulhijah ini membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama berinfaq bagi menampung kos pemasangan paip dan penukaran paip demi kemudahan bekalan air maahad ini.

“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jom sama-sama kita ambil peluang ini dengan meraih ganjaran pahala yang mengalir selagimana air ini digunakan untuk anak-anak yang menghafal Al-Quran dan menuntut ilmu agama ini.Semoga infaq kalian menjadi jambatan penghubung kita meraih reda Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Jutaa terima kasih atas sumbangan yang di salurkan .Walaupun sumbangan ini tidak mampu mencapai sasaran iaitu sebanyak RM 10 000, setiap sumbangan kalian akan menjadi asbab berjayanya projek ini. Setiap sumbangan ini akan membuahkan kebaikan di dunia ini dan ganjaran yang lebih selagi mana air digunakan oelh anak-anak tahfiz ini sehingga hari kiamat .
Assalamualaikum, terima kasih atas sumbangan kalian salurkan.Alhamdulillah , projek pemasangan paip ini telah selesai .


Alhamdulillah, pihak maahad mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang disalurkan.Projek pemasangan paip ini masih dalam proses.
Pembinaan meter paip baru sudah siap dibuat ,cuma proses pemasukan air masih belum terlaksana.

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
HJ.ZAINUDIN BIN RAMLI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 05, 2025