MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 03, 2025

INFAQ PENUKARAN PAIP DAN METER BARU MAAHAD

RM945 / 9.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

52 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MENANAM BENIH KEBAJIKAN MELALUI INFAQ PEMASANGAN DAN PENUKARAN PAIP DAN METER BARU DI MAAHAD TAHFIZ NURUL HIDAYAH.


Air merupakan nadi utama keperluan asas bagi warga maahad kami yang terdiri daripada para pelajar dan para guru-guru yang menetap dan berkhidmat mendidik anak-anak tahfiz di sini. Untuk maklumat kalian, kawasan disekitar maahad ini telah berlaku pembinaan perumahan baru. Hal ini akan berlaku pertambahan penduduk di sekitar maahad ini.



Jadi, pihak SADA (Syarikat Air Darul Aman Kedah) menyarankan pihak maahad supaya menukar paip yang sedia ada kepada paip yang lebih besar bersaiz 2 inchi. Langkah ini diambil bagi membekalkan bekalan air bersih dalam kuantiti yang banyak untuk kemudahan warga maahad ini dan penduduk sekitar.



Insya-Allah, melalui saranan bernas ini,pihak kami sedia memberi kerjasama bagi memudahkan akses bekalan air bersih yang digunakan oleh anak-anak tahfiz seperti minuman, mandi, berwuduk,membasuh pakaian dan lain-lain lagi.



Sehubungan itu, pihak kami mengambil kesempatan di bulan Zulhijah ini membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama berinfaq bagi menampung kos pemasangan paip dan penukaran paip demi kemudahan bekalan air maahad ini.



“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom sama-sama kita ambil peluang ini dengan meraih ganjaran pahala yang mengalir selagimana air ini digunakan untuk anak-anak yang menghafal Al-Quran dan menuntut ilmu agama ini.Semoga infaq kalian menjadi jambatan penghubung kita meraih reda Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

NUR ATIQAH BINTI ALI MOHTAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat