ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 08, 2022

INFAQ UTILITI IBADAH UNTUK MAAHAD TAHFIZ TERJEJAS GEMPA BUMI CIANJUR

RM205 / 6.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa bumi meranapkan banyak maahad di Cianjur, peralatan ibadat rosak akibat gempa bumi yang bergegar. Jom sediakan peralatan ibadah untuk maahad yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur!


Perintah beribadah kepada Allah SWT terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 21 sebagai berikut:


يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اعۡبُدُوۡا رَبَّكُمُ الَّذِىۡ خَلَقَكُمۡ وَالَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِكُمَّۡ لَۡۡ


“Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah: 21)


Dengan beribadah kepada Allah SWT, hati akan menjadi tenang dan merasa tenteram. Demikian yang dilakukan oleh ketua Maahad Sunanul Abror yang terletak di Desa Ciwalen, Kecamatan Warungkondang, di mana pada hari Senin, 21 November 2022. Beliau sedang berzikir bersama tamu yang datang dari luar kota namun di tengah khusyuknya zikir gempa bumi tiba-tiba menggegarkan kawasan itu dan menyebabkan ketua maahad dan tetamunya keluar dari rumah dan segera membantu warga setempat yang menjerit meminta tolong.



Di mana gegaran gempa bumi ini menyebabkan sebahagian dinding maahad dan genting bumbung runtuh yang turut menjejaskan kerosakan pada barang-barang di sekeliling seperti almari, peralatan sekolah dan alatan ibadah untuk pelajar yang tinggal di maahad ini. Maahad Sunanul Abror mempunyai 6 buah bilik dan seramai 40 orang pelajar tinggal di sini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.




Maahad Sunanul Abror bukan satu-satunya maahad yang terjejas gempa bumi, banyak lagi maahad yang turut terjejas sehingga menyebabkan kerosakan peralatan sekolah dan peralatan peribadi pelajar seperti peralatan ibadah. Peralatan itu adalah salah satu perkara yang penting kerana ia digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT.



Oleh sebab itu, melalui program sedekah peralatan ibadah ini, marilah sama-sama kita membantu maahad yang terjejas gempa bumi di Cianjur melalui sedekah terbaik yang disumbangkan. InshaAllah sedekah daripada anda akan diagihkan berupa peralatan ibadah seperti telekung solat, kain sarung, sejadah, Al-Quran, Iqra dan sebagainya untuk maahad yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.




Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. Mudah-mudahan dengan sedekah peralatan ibadah yang dibelikan untuk pelajar di maahad yang nantinya peralatan ibadah itu akan digunakan untuk beribadat. Maka setiap pahala baik dari ibadah yang dilakukan oleh pelajar akan sampai kepada anda dan keluarga. Amin.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

RAKIAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat