DANA PEMBELIAN VAN ANAK ANAK QASEH IBU

RM150,609 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,609

5976 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi membolehkan Rumah Jagaan Qaseh Ibu membeli 2 buah van bagi kegunaan harian anak-anak di sini iaitu seramai 60 orang.


Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu ditubuhkan oleh Puan Mariamah Miskan dan mula beroperasi pada 2 Oktober 2018. Pertubuhan ini juga berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berurusan baik dengan pelindung ataupun pegawai JKM cawangan Hulu Langat.


Rumah Qaseh Ibu menempatkan anak-anak seramai 60 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti anak yatim piatu, anak asnaf, anak mualaf, anak tidak sah taraf dan juga anak terbiar. Rumah Qaseh Ibu bertempat di alamat 482, Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang, Selangor.



“𝑆𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘-𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑢𝑚 𝑚𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑖𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑦𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑖𝑘. 𝑀𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑙𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑟𝑢𝑘-𝑏𝑢𝑟𝑢𝑘 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑢𝑚 𝑚𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑖𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑘𝑖𝑡𝑖 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 (𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡)”



KASIHANI DAN SAYANGILAH ANAK INI


Memberikan perlindungan, mencurahkan kasih sayang tanpa belah bahagi dan mewujudkan suasana kekeluargaan kepada anak-anak ini meskipun mereka mempunyai latar belakang keluarga, kaum, bangsa dan kewarganegaraan yang berbeza adalah misi utama mengapa Rumah Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu ini diwujudkan.


Di rumah jagaan inilah anak-anak ini dididik dan dibentuk keperibadian anak-anak dalam aspek keagamaan, adab dan akhlak baik serta nilai murni dalam kehidupan agar mereka menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan kelak.



BANTUAN DANA PEMBELIAN/SUMBANGAN VAN


Sejak tertubuhnya pertubuhan Rumah Qaseh Ibu ini, Puan Mariamah Miskan mengalami kekangan menjana sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan harian anak-anak dan penjaga kerana beliau tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai untuk derma di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hal ini menyukarkan beliau dan anak-anak untuk menerima mana-mana bantuan sumbangan yang memerlukan resit pengecualian khususnya syarikat korporat.



KAPASITI KENDERAAN YANG TERHAD


Kami mempunyai anak-anak jagaan seramai 60 orang yang berkongsi satu kenderaan. Saban tahun kami menggunakan kenderaan jenis Unser untuk membawa anak-anak ke sekolah, beriadah, menghadiri program dan sebagainya. Kapasiti kenderaan jenis Unser yang boleh memuatkan 7-8 orang dalam satu masa membataskan kami memuatkan lebih anak-anak dalam kenderaan tersebut. Meskipun begitu, kami terpaksa memuatkan anak-anak seramai 15 orang dalam satu perjalanan untuk ke sekolah ataupun ke tempat lain.


KOS BAS SEKOLAH YANG TINGGI


Kami mempunyai satu kenderaan jenis Unser sahaja untuk membawa anak-anak ke prasekolah, sekolah rendah dan menengah bermula dari pagi hingga ke petang. Kondisi kenderaan yang sentiasa rosak menyebabkan kami terpaksa menggunakan khidmat bas sekolah untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Namun begitu, khidmat bas sekolah hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan kami terpaksa berhentikan khidmat tersebut dek kerana tidak mampu untuk membayar kos bas sekolah yang tinggi.



KENDERAAN ROSAK KERANA KEMALANGAN JALAN RAYA



Pada pertengahan bulan februari 2022, Puan Mariamah dan anak-anak menghadapi kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kereta Unser rosak di bahagian hadapan kenderaan. Alhamdulillah ibu Mariam dan anak-anak selamat dan tidak cedera. Beliau sudah membuat laporan kemalangan di balai polis terdekat. Kenderaan tersebut telah dibawa ke bengkel dan tersadai di sana selama 2 minggu kerana menunggu kelulusan pembiayaan kos pembaikan daripada syarikat insurans. Justeru itu, anak-anak tidak mempunyai kenderaan untuk ke sekolah, menghadiri program dan lain-lain buat masa ini.


PERUNTUKAN KEWANGAN



BANTUAN DANA PEMBELIAN VAN KEGUNAAN PENGHUNI


Ekoran itu, Rumah Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana pembelian van untuk kegunaan anak-anak disini. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan. Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos pembelian van bagi menyediakan kemudahan kepada anak-anak yatim & asnaf di sini.


نْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.” (Surah Ali Imran, ayat 92)



Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung di talian 0127099628 atau Tuan-tuan dan Puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : 482, Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang, Selangor.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZIZI ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

ADIBAH HANUM AMALIA MUHAMMAD AFIFF KHAIRUL BAHARI

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat