PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF QASEH IBU

Aktif sejak Jan 25, 2023

Tentang Penganjur

KAPASITI KENDERAAN YANG TERHAD


Kami mempunyai anak-anak jagaan seramai 60 orang yang berkongsi satu kenderaan. Saban tahun kami menggunakan kenderaan jenis Unser untuk membawa anak-anak ke sekolah, beriadah, menghadiri program dan sebagainya. Kapasiti kenderaan jenis Unser yang boleh memuatkan 7-8 orang dalam satu masa membataskan kami memuatkan lebih anak-anak dalam kenderaan tersebut. Meskipun begitu, kami terpaksa memuatkan anak-anak seramai 15 orang dalam satu perjalanan untuk ke sekolah ataupun ke tempat lain.


KOS BAS SEKOLAH YANG TINGGI


Kami mempunyai satu kenderaan jenis Unser sahaja untuk membawa anak-anak ke prasekolah, sekolah rendah dan menengah bermula dari pagi hingga ke petang. Kondisi kenderaan yang sentiasa rosak menyebabkan kami terpaksa menggunakan khidmat bas sekolah untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Namun begitu, khidmat bas sekolah hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan kami terpaksa berhentikan khidmat tersebut dek kerana tidak mampu untuk membayar kos bas sekolah yang tinggi.


BANTUAN DANA PEMBELIAN VAN KEGUNAAN PENGHUNI


Ekoran itu, Rumah Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana pembelian van untuk kegunaan anak-anak disini. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan.


Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos pembelian van bagi menyediakan kemudahan kepada anak-anak yatim & asnaf di sini.

482, Jalan Is/5, Taman Lembah Jaya, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
pertubuhanqasehibuampang@gmail.com
166729401
166729401