Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
BAJU RAYA BAHARU MAMPU MENGUKIR KECERIAAN
Buat julung kalinya Yayasan Ikhlas cawangan Alor Setar telah menyalurkan bantuan kelengkapan hari raya kepada 150 orang pelajar tepilih dari seluruh negeri Kedah. Program ini adalah dengan kerjasama gedung tekstil JAKEL Alor Setar dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Antara kelengkapan yang telah disumbangkan berupa sepasang baju melayu, baju kurung, kuih raya dan duit raya yang telah disampaikan oleh Dr Murizah Mohd Zain, Pakar Reproduktif dan juga Duta Yayasan Ikhlas.
Dr Murizah menyatakan bahawa sudah dua tahun kita beraya dalam keadaan sederhana. Kali ini Yayasan Ikhlas tampil untuk membantu pelajar asnaf merasai keceriaan Aidilfitri.
Jutaan terima kasih buat para penyumbang. Ayuh bersama kami untuk bersama-sama memberikan keceriaan kepada 1000 orang asnaf yang memerlukan pada bulan Ramadan ini sekali gus mengejar rahmat 10 malam terakhir Ramadan
Ikhlas Dari Hati, Kebahagiaan Dikongsi
Yayasan Ikhlas
JARANG MAKAN MOREH!
Alhamdulillah, semalam team Yayasan Ikhlas cawangan Semporna telah menunaikan solat tarawih dan moreh bersama Penduduk Kampung Silambangun, Semporna, Sabah.
Seusai solat, Pengurus Yayasan Ikhlas cawangan Semporna, Encik Hasan Unus memberikan ucapan di kampung ini sebagai salah satu tanda penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong gerak kerja Yayasan Ikhlas.
Sebanyak 150 pek moreh telah dihantarkan ke masjid Kampung Silambangun. Turut disumbangkan adalah 20 pek Kasih Ramadan kepada ibu-ibu tunggal dan OKU.
Jom bantu mereka dengan sumbangan bagi mendapatkan juadah berbuka dan moreh.
Terima kasih buat semua para penyumbang