Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM3,705 / 12.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
170 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kasih Ramadan adalah inisiatif Yayasan Ikhlas membantu anak yatim & asnaf di Malaysia yang kesusahan ketika menempuh bulan Ramadan. Projek Kasih Ramadan ini adalah penjenamaan semula bagi Projek Bakul Kasih Ramadan yang telah berjalan sejak 2014 lagi.
3 Inisiatif yang dijalankan adalah:
1. Pek Makanan Asas
2. Pek Makanan Berbuka / Sahur
3. Set Kelengkapan Raya
Ada di kalangan mereka berbuka dengan air paip dan nasi kosong kerana sangat miskin dan sukar mendapatkan bekalan. InsyaAllah tahun ini, Yayasan Ikhlas berhasrat membantu 10,000 anak-anak asnaf dan yatim di seluruh Malaysia.
Ayuh, beri peluang buat anak-anak ini merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang sebenar. عن عبدالله بن عباس -رضي الله عنهما- قال: «كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أَجْوَدَ الناسِ، وكان أَجْوَدَ ما يكونُ في رمضانَ حِينَ يَلْقاهُ جبريلُ، وكان يَلْقاهُ في كلِّ ليلة مِن رمضانَ فَيُدارِسُه القرآن، فَلَرسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- أجْوَدُ بالخير من الريح المُرسَلة» Dari Abdullah bin Abbas -raḍiyallāhu 'anhumā- mengatakan, "Rasulullah -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- adalah manusia yang paling dermawan. Dan beliau menjadi paling dermawan di bulan Ramadan saat ditemui Jibril. Jibril biasa menemui beliau di setiap malam bulan Ramadan, lalu beliau saling mempelajari Al-Qur`ān dengannya. Sungguh Rasulullah -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- lebih dermawan dalam kebaikan dibanding angin yang berhembus."
Terima kasih buat semua yang menyokong Yayasan Ikhlas.
#ikhlasdarihati #kebahagiandikongsi
Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
BAJU RAYA BAHARU MAMPU MENGUKIR KECERIAAN
Buat julung kalinya Yayasan Ikhlas cawangan Alor Setar telah menyalurkan bantuan kelengkapan hari raya kepada 150 orang pelajar tepilih dari seluruh negeri Kedah. Program ini adalah dengan kerjasama gedung tekstil JAKEL Alor Setar dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Antara kelengkapan yang telah disumbangkan berupa sepasang baju melayu, baju kurung, kuih raya dan duit raya yang telah disampaikan oleh Dr Murizah Mohd Zain, Pakar Reproduktif dan juga Duta Yayasan Ikhlas.
Dr Murizah menyatakan bahawa sudah dua tahun kita beraya dalam keadaan sederhana. Kali ini Yayasan Ikhlas tampil untuk membantu pelajar asnaf merasai keceriaan Aidilfitri.
Jutaan terima kasih buat para penyumbang. Ayuh bersama kami untuk bersama-sama memberikan keceriaan kepada 1000 orang asnaf yang memerlukan pada bulan Ramadan ini sekali gus mengejar rahmat 10 malam terakhir Ramadan
Ikhlas Dari Hati, Kebahagiaan Dikongsi
Yayasan Ikhlas
JARANG MAKAN MOREH!
Alhamdulillah, semalam team Yayasan Ikhlas cawangan Semporna telah menunaikan solat tarawih dan moreh bersama Penduduk Kampung Silambangun, Semporna, Sabah.
Seusai solat, Pengurus Yayasan Ikhlas cawangan Semporna, Encik Hasan Unus memberikan ucapan di kampung ini sebagai salah satu tanda penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong gerak kerja Yayasan Ikhlas.
Sebanyak 150 pek moreh telah dihantarkan ke masjid Kampung Silambangun. Turut disumbangkan adalah 20 pek Kasih Ramadan kepada ibu-ibu tunggal dan OKU.
Jom bantu mereka dengan sumbangan bagi mendapatkan juadah berbuka dan moreh.
Terima kasih buat semua para penyumbang
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 13, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2022