ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 03, 2025

1000 KASUT UNTUK ANAK ANAK PEDALAMAN SUMATERA

RM355 / 3.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berkongsi rezeki untuk anak anak pelosok agar mereka melangkah lebih yakin. Jom bantu!


Pernahkah kita membayangkan bagaimana rasanya berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari ke sekolah tanpa kasut?


Inilah kisah benar yang kami temui semasa misi kemanusiaan ASAR Humanity ke kawasan pedalaman. Kami terserempak dengan sekumpulan anak-anak kecil yang berjalan beramai-ramai merentas hutan dan jalan berbatu, hanya untuk ke sekolah.



Bila kami dekati dan bertanya, kami terkejut apabila mereka memberitahu bahawa mereka tidak memakai kasut bukan kerana tidak ada, tetapi kerana kasut yang mereka ada terlalu uzur dan mereka takut ia rosak. Ada yang hanya berselipar, malah ada yang berkaki ayam sambil memegang kasut di tangan.


Kata mereka, “Kalau kasut ini rosak, kami tiada duit nak beli yang baru. Jadi kami simpan dan hanya pakai bila sampai sekolah.”



Itulah hakikat kehidupan anak-anak dari keluarga miskin di kawasan luar bandar. Mereka mungkin kelihatan ceria, tetapi mereka sedang menanggung kesukaran yang tidak layak ditanggung oleh anak seusia mereka. Mereka tetap semangat menuntut ilmu, kerana mereka tahu, pendidikan adalah satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga.



Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengumpul dana bagi membeli 1000 pasang kasut baru untuk anak-anak ini. Satu pasang kasut mungkin nampak kecil buat kita, tapi ia adalah simbol harapan dan sokongan yang sangat besar buat mereka.


“Satu pasang kasut, satu langkah lebih dekat dengan impian mereka.”



Ayuh, kita bantu mereka melangkah dengan lebih yakin. Sedekahkan sepasang kasut hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan hidup mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2025

Kempen Sumbangan Tamat