Masyarakat digalakan untuk menghormati dan mentaati warga emas dalam aspek kehidupan seharian dengan berusaha menggembirakan dan membahagiakan hidup mereka.
Apabila masa berkualiti dikongsi bersama warga emas, sekurang-kurangnya kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dirasai oleh mereka. Sesungguhnya kita tidak mahu melihat warga emas hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan. Oleh hal yang demikian, Pertubuhan Angkatan Wanita Inspirasi Negeri Sembilan (ANIS NS) ingin membantu dan meringankan beban kehidupan warga emas. Setiap daripada kita mampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka.
"Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”
(HR Muslim)