Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, keperluan untuk penyediaan makanan haiwan terbiar telah disediakan. Terima kasih di atas sumbangan semua.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setakat hari ini, sebanyak RM1,145.00 telah berjaya dikumpul iaitu 22.9% daripada jumlah sasaran keseluruhan.
Tahukah anda, pihak kami Sahabat Adyan Nadzir Care di bawah Biro Kawalan Dan Pemantauan Haiwan telah merangka PROGRAM SAYANGI HAIWAN pada 12-20 Februari 2022 nanti, yang bertujuan untuk membangunkan data haiwan jalanan untuk dibantu dan dibela nasibnya.
Namun begitu, pihak kami dalam peringkat awal dan dalam proses mengumpul data bagi haiwan-haiwan terbiar yang berkemungkinan tidak bertuan.
Skuad Sukarelawan SANC Malaysia akan membantu untuk sentiasa turun padang dalam menjayakan usaha ini. In Shaa Allah, setiap haiwan yang dikenal pasti akan dipasang tag nama sebagai tanda ia berada di bawah naungan dan pemantauan kami.
Dalam masa yang sama, pihak kami dalam perancangan untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat pelindungan haiwan jalanan. Doakan kami agar segalanya dipermudahkan. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.
Berikut ialah haiwan-haiwan yang telah menjadi sebahagian daripada usaha kami yang sentiasa diberi makanan mengikut keperluan semasa.
"We Aleays Bring You The Best".
#SkuadSukarelawanAdyanNadzirCareMalaysia
#SahabatAdyanNadzirCare
#ProgramInspirasiPejuang2022
#KitaBaikRamaiSayang
#UsahaSelagiPerluKongsiSelagiMampu
#NikmatKebaikanTerciptaKebahagiaan