Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Jan 20, 2022
RM1,470 / 29.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
97 Penyumbang
Kempen Berakhir!
KENAPA KEMPEN SAYANGI HAIWAN ?
Meningkatkan kesedaran di dalam kalangan masyarakat mengenai kebajikan haiwan dengan sikap prihatin dan ambil tahu keadaan sekeliling.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kepada para penyumbang yang baik hati, dikasihi, dan dirahmati selalu. Sekali lagi, dengan izin Allah SWT kami terpanggil untuk melangkah ke hadapan dalam membantu menyediakan landasan dalam mempermudahkan segala urusan yang berkaitan.
Kali ini, kami laksanakan KEMPEN SAYANGI HAIWAN bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pelaksanaan MINGGU KESEDARAN SAYANGI HAIWAN untuk membeli makanan dan lain-lain keperluan.
Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di syurga kelak. Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zam-zam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin...
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, keperluan untuk penyediaan makanan haiwan terbiar telah disediakan. Terima kasih di atas sumbangan semua.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setakat hari ini, sebanyak RM1,145.00 telah berjaya dikumpul iaitu 22.9% daripada jumlah sasaran keseluruhan.
Tahukah anda, pihak kami Sahabat Adyan Nadzir Care di bawah Biro Kawalan Dan Pemantauan Haiwan telah merangka PROGRAM SAYANGI HAIWAN pada 12-20 Februari 2022 nanti, yang bertujuan untuk membangunkan data haiwan jalanan untuk dibantu dan dibela nasibnya.
Namun begitu, pihak kami dalam peringkat awal dan dalam proses mengumpul data bagi haiwan-haiwan terbiar yang berkemungkinan tidak bertuan.
Skuad Sukarelawan SANC Malaysia akan membantu untuk sentiasa turun padang dalam menjayakan usaha ini. In Shaa Allah, setiap haiwan yang dikenal pasti akan dipasang tag nama sebagai tanda ia berada di bawah naungan dan pemantauan kami.
Dalam masa yang sama, pihak kami dalam perancangan untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat pelindungan haiwan jalanan. Doakan kami agar segalanya dipermudahkan. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.
Berikut ialah haiwan-haiwan yang telah menjadi sebahagian daripada usaha kami yang sentiasa diberi makanan mengikut keperluan semasa.
"We Aleays Bring You The Best".
#SkuadSukarelawanAdyanNadzirCareMalaysia
#SahabatAdyanNadzirCare
#ProgramInspirasiPejuang2022
#KitaBaikRamaiSayang
#UsahaSelagiPerluKongsiSelagiMampu
#NikmatKebaikanTerciptaKebahagiaan
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 21, 2022
NURWATY MD SALLEH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 21, 2022