Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Oct 27, 2024
RM250 / 1.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan bantuan mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5, Tawau Sabah. Masyarakat di kampung tersebut sering kali menjadi mangsa kebakaran. Di sana, mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Jadi, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Malang tidak berbau, kebakaran yang melanda Kampung Jati Batu 5 Tawau, membawa kepada api marak secara berterusan mengakibatkan sebuah kemalangan jiwa kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun dan dianggarkan lebih 30 ke 40 buah rumah di kampung tersebut telah musnah.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."(Hadis Riwayat Tabrani)

Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan seramai 30 ke 40 orang penerima manfaat dan sebuah keluarga akan mendapat barangan keperluan asas dan barangan rumah iaitu di bawah RM500 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Kebakaran ini juga telah menjejaskan beberapa jambatan berdekatan di kampung tersebut.

Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar maknanya di mata mereka. Marilah berganding bahu, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Menyumbanglah serendah RM10 untuk bantu mereka!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024