Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Salam kebaikan buat semua para penyumbang yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian.
Alhamdulillah, pihak kami setakat hari ini telah menerima sumbangan yang terkumpul sebanyak RM1,388.00 iaitu dengan peningkatan sebanyak RM258.00 dan masih mempunyai baki sasaran sebanyak RM1,612.00 lagi.
Hanya berbaki 4 hari lagi untuk kami mencapai sasaran dan meneruskan tindakan untuk agihan ke pihak-pihak pengurusan jenazah yang berkenaan.
Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM1079.35 dan kempen masih berjalan seperti biasa.
Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.