Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Dec 30, 2021
RM1,438 / 47.93 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
97 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, sekali lagi kami terpanggil untuk menyediakan landasan bagi mengumpul dana atas permohonan dari pihak masjid yang memerlukan set kain kapan dalam mempermudahkan perjalanan terakhir masyarakat setempat.
Program fasa pertama ini akan melibatkan beberapa buah surau dan masjid yang mempunyai jawatankuasa pengurusan jenazah. Dengan pemberian set kain kapan secara percuma ini, kami amat berharap agar ia dapat mempermudah dan meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah.
Jom bantu kami untuk sama-sama kita melakukan kebaikan.
#SahabatAdyanNadzirCare
#WeAlwaysBringYouTheBest
#KitaBaikRamaiSayang
#UsahaSelagiPerluKongsiSelagiMampu
#SemangatKebaikan
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Salam kebaikan buat semua para penyumbang yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian.
Alhamdulillah, pihak kami setakat hari ini telah menerima sumbangan yang terkumpul sebanyak RM1,388.00 iaitu dengan peningkatan sebanyak RM258.00 dan masih mempunyai baki sasaran sebanyak RM1,612.00 lagi.
Hanya berbaki 4 hari lagi untuk kami mencapai sasaran dan meneruskan tindakan untuk agihan ke pihak-pihak pengurusan jenazah yang berkenaan.
Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM1079.35 dan kempen masih berjalan seperti biasa.
Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2022