Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM252 / 0.72 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setiap kali Ramadan tiba, masjid dan surau menjadi tempat yang lebih meriah dengan kehadiran jemaah yang ingin beribadah. Namun, ruang yang terhad sering kali menyukarkan jemaah untuk solat dengan selesa kerana ruang masjid yang terhad. Hujan pula kadang-kadang menyulitkan mereka yang datang dengan motosikal dan basikal kerana tiada bumbung parkir yang tersedia.

Lebih daripada itu, Ramadan juga membawa keberkatan melalui amalan memasak dan mengagihkan bubur lambuk. Namun, tanpa ruang yang mencukupi, usaha ini menjadi lebih mencabar.

Bagi memastikan keselesaan jemaah, kami komuniti yang penuh ihsan dengan ini melancarkan tabung sumbangan untuk membantu masjid serta surau dengan menyediakan khemah tambahan. Setiap khemah berharga RM1,750, dan kami menyasarkan 20 khemah untuk 20 masjid atau surau. Kos perbelanjaan dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM35,000.

Kami merayu kepada saudara-saudari sekalian, hulurkanlah sumbangan ikhlas demi menyediakan tempat yang lebih selesa untuk para jemaah, terutama golongan wanita, kanak-kanak, dan belia yang semakin dekat dengan rumah Allah. Setiap sen yang anda sumbangkan akan menjadi amal jariah yang berterusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan, namun beberapa masjid dan madrasah di Johor menghadapi kekurangan kemudahan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Di saat umat Islam bersedia menyambut bulan penuh keberkatan ini, masih ada jemaah yang beribadah dalam keadaan serba kekurangan.
Di Masjid Kg. Parit Dato Hj. Ibrahim Majid, Kluang, Masjid Kg. Parit Mansur, Pontian, dan Madrasah Parit Hj. Salam, Simpang Renggam, ruang solat yang ada tidak mencukupi, lebih-lebih lagi bagi jemaah wanita dan kanak-kanak. Sebahagian bangunan masjid sudah tiada bumbung, menyebabkan mereka terpaksa beribadah dalam keadaan yang kurang selesa. Selain itu, khemah juga diperlukan sebagai tempat memasak dan mengagihkan bubur lambuk, satu tradisi yang begitu sinonim dengan keberkatan Ramadhan.

Tanpa khemah yang mencukupi, aktiviti seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, iftar, dan moreh akan terjejas. Kami merayu kepada anda yang dermawan agar bersama-sama membantu menyediakan khemah bagi kegunaan jemaah. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat besar ertinya dalam memastikan ibadah dapat dijalankan dengan lebih selesa sepanjang bulan mulia ini.

Marilah kita mengambil peluang untuk bersedekah dan menyumbang demi manfaat umat Islam yang lain. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berlipat kali ganda.
Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang tidak ternilai. Aamiin.
Alhamdulillah, pihak YAMM telah mengadakan mesyuarat bersama imam di Masjid Parit Haji Ibrahim bagi meneliti keperluan masjid untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.
Hasil mesyuarat tersebut, dua buah khemah bersaiz 20’x20’ akan diinfaqkan untuk kegunaan jemaah. Namun, sumbangan masih amat diperlukan segera bagi memastikan khemah ini dapat disediakan tepat pada waktunya.

Tanpa khemah ini, para jemaah—terutama warga emas dan kanak-kanak—mungkin terpaksa solat dan berbuka puasa dalam kepanasan dan hujan. Bayangkan mereka duduk berhimpit di bawah teduhan yang tidak mencukupi, menahan keletihan setelah seharian berpuasa.

Berikut adalah kawasan lapang masjid yang akan didirikan khemah untuk aktiviti Ramadan.
Kami merayu kepada hati-hati yang prihatin, agar sudi menghulurkan bantuan demi keselesaan jemaah beribadah di bulan yang penuh keberkatan ini.
“Barang siapa yang mempermudah urusan saudaranya, maka Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang mengalir pahalanya tanpa henti.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2025