Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM6,042 / 40.28 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
130 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, dan kami ingin memastikan saudara baru yang memeluk Islam dapat merasai nikmat berpuasa dan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu 50 orang saudara baru yang miskin untuk:
1. Memberi bakul makanan berbuka dan sahur
2. Makan moreh selepas Solat Tarawih dan Witir
3. Memberikan bantuan kewangan sempena Aidilfitri
4. Membeli belah pakaian baru untuk hari raya
5. Lain-lain kebajikan Muallaf (Sakit, kematian, kecemasan dll)

Berlinangan air mata apabila seorang hamba Allah memeluk Islam. Pelukan saudaranya yang sudah lama Islam memberi mereka keyakinan dan ketenangan dalam usaha menjadi Muslim yang sejati.

Ramadhan Tahun 2024, kami juga membawa dan menaja anak-anak kurang bernasib baik termasuk yatim membeli belah baju raya. Ini semua atas sokongan anda.

Ada di antara Muallaf ini yang pertama kali akan menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Sokongan anda akan memberikan impak motivasi yang besar kepada mereka.

Mualaf dan anak-anak mereka yang kali pertama berpuasa dan menyambut hari lebaran juga kami santuni dengan menaja membeli belah baju raya khususnya Muallaf yang miskin dan fakir.

Sokongan anda akan memberi mereka kekuatan dan galakkan untuk berpuasa dan menyambut hari lebaran yang pertama mereka dengan penuh kebahagiaan. Di antara mereka ada di antara mereka bukan sahaja miskin tapi juga ibu tunggal, ditinggal oleh suami yang asal Islam namun kuat semangat mereka tetap istiqomah dengan Islam. Tidakkah mereka ini yang kita wajib santuni?

Sama-sama kita menyebarkan kasih sayang dan berkongsi keberkatan Ramadhan ini. Kami ada beratus orang Muallaf, namun fokus kami untuk membantu dan menyantuni 50 orang daripada mereka yang paling harus dibimbing dan dibantu.

Mereka tidak merasai hari lebaran bersama keluarga kerana keluarga dan saudara mara sedarah belum Islam. AJK PERKIM meluangkan masa dan sambut hari raya bersama mereka.


Sumbangan anda akan memberi perubahan besar dalam hidup mereka. Bulan Ramadhan ini kami juga anjur Solat Tarawih berjemaah sekaligus menjadi praktikal solat bagi saudara baru. Mari bersama-sama kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna untuk mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Alhamdulillah, pada 23/3/2025, seramai 38 orang asnaf Muallaf dan Miskin telah disantuni dengan bantuan tunai dan bantuan barang dapur.

Ini termasuk seorang makcik Cina berusia 87, yang merupakan antara 4 orang Muallaf yang menyambut Ramadhan yang pertama dan akan menyambut Hari Raya yang pertama kali dalam hidup mereka sebagai seorang Muslim.

Inilah keindahan Islam, kita pastikan tiada yang ketinggalan dari merasai keberkatan Ramadhan dan kemeriahan Hari Raya.

Terima kasih atas kesudian anda semua berkongsi Barokah Ramadhan dengan Muallaf dan Asnaf di bawah jagaan kami.



Alhamdulillah, hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan, PERKIM BTP telah mengedarkan bantuan barang dapur untuk 30 orang


Gambar: Muallaf yang belum tahu berwuduk dan solat, dibimbing cara berwuduk dan solat supaya masuk Ramadan nanti sudah boleh solat sendiri.

Alhamdulillah, muallaf yang baharu masuk Islam semakin ramai. Ada yang baru belajar berwuduk dan solat. Kami di PERKIM bimbing secara teori dan secara praktikal. Ini belum termasuk pelajar muallaf yang sudah lebih 3 tahun memeluk Islam, mereka juga masih dibimbing khususnya dalam aqidah dan mengaji Al-Quran.

Ramai pula muallaf dewasa yang buta huruf, cabaran besar mengajar mereka. Lebih mencabar adalah untuk terus mereka istiqomah hadir kelas. Ada muallaf berketurunan Cina, India, Bumiputra Sarawak dan Sabah, Siam, serta warga asing.
Dengan sokongan dan sumbangan anda, lebih 50 orang muallaf ini mampu kami terus bimbing.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Mar 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Mar 30, 2025
MOHD NAZRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2025
KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Mar 28, 2025