Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Feb 20, 2025

RAYUAN KONGSI BAROKAH RAMADHAN DENGAN MUALAF

RM6,042 / 40.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

130 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu 50 orang saudara baru yang miskin untuk merasai nikmat berpuasa dan menyambut hari lebaran sama seperti orang lain. Hanya RM10 seorang pun mampu membantu.


Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, dan kami ingin memastikan saudara baru yang memeluk Islam dapat merasai nikmat berpuasa dan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.



Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu 50 orang saudara baru yang miskin untuk:


1. Memberi bakul makanan berbuka dan sahur

2. Makan moreh selepas Solat Tarawih dan Witir

3. Memberikan bantuan kewangan sempena Aidilfitri

4. Membeli belah pakaian baru untuk hari raya

5. Lain-lain kebajikan Muallaf (Sakit, kematian, kecemasan dll)



Berlinangan air mata apabila seorang hamba Allah memeluk Islam. Pelukan saudaranya yang sudah lama Islam memberi mereka keyakinan dan ketenangan dalam usaha menjadi Muslim yang sejati.



Ramadhan Tahun 2024, kami juga membawa dan menaja anak-anak kurang bernasib baik termasuk yatim membeli belah baju raya. Ini semua atas sokongan anda.



Ada di antara Muallaf ini yang pertama kali akan menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Sokongan anda akan memberikan impak motivasi yang besar kepada mereka.



Mualaf dan anak-anak mereka yang kali pertama berpuasa dan menyambut hari lebaran juga kami santuni dengan menaja membeli belah baju raya khususnya Muallaf yang miskin dan fakir.



Sokongan anda akan memberi mereka kekuatan dan galakkan untuk berpuasa dan menyambut hari lebaran yang pertama mereka dengan penuh kebahagiaan. Di antara mereka ada di antara mereka bukan sahaja miskin tapi juga ibu tunggal, ditinggal oleh suami yang asal Islam namun kuat semangat mereka tetap istiqomah dengan Islam. Tidakkah mereka ini yang kita wajib santuni?



Sama-sama kita menyebarkan kasih sayang dan berkongsi keberkatan Ramadhan ini. Kami ada beratus orang Muallaf, namun fokus kami untuk membantu dan menyantuni 50 orang daripada mereka yang paling harus dibimbing dan dibantu.



Mereka tidak merasai hari lebaran bersama keluarga kerana keluarga dan saudara mara sedarah belum Islam. AJK PERKIM meluangkan masa dan sambut hari raya bersama mereka.




Sumbangan anda akan memberi perubahan besar dalam hidup mereka. Bulan Ramadhan ini kami juga anjur Solat Tarawih berjemaah sekaligus menjadi praktikal solat bagi saudara baru. Mari bersama-sama kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna untuk mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2025

IRMAN HAFIZ IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 18, 2025

Kempen Sumbangan Tamat