YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 19, 2023

KONGSI REZEKI DI BULAN RAMADHAN BUAT YANG TIDAK BERKEMAMPUAN

RM1,300 / 13.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

65 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah, rebut peluang bersedekah pada bulan Ramadhan ini sebanyak yang mungkin. Ramai-ramai kita bersedekah walau hanya serendah RM10.


Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan yang amat dinanti-nantikan kebanyakan umat Islam kerana pada bulan ini baik miskin mahupun kaya, berlumba-lumba membuat amal ibadat. Pada saat golongan fakir dan miskin terus dalam keadaan serba kekurangan meskipun sudah tiba waktu berbuka puasa, kita pula bermewah-mewahan ketika membeli makanan yang akhirnya berlaku pula pembaziran ketika berbuka. Ini antara perkara yang perlu direnungi dalam bulan yang mulia ini.


Dengan itu, pihak kami (YAMM) membuka peluang bagi siapa yang ingin memberi sedikit sebanyak sumbangan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang suci di tahun ini. Target sasaran kami akan digunakan untuk memberi agihan makanan bagi aktiviti berbuka puasa khusus di bulan Ramadhan kepada golongan yang memerlukan. Bagi yang belum tahu, sebahagian masih ramai lagi yang memerlukan bantuan daripada anda. 



”Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit, seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Sempena Ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana besarnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan/puan yang budiman.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORHAZAWATI BINTI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

MAISARAH MOHAMED SAAT

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat