KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Feb 15, 2022

KEMPEN BERKONGSI RASA DI BULAN RAMADHAN

RM51,258 / 102.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2053 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami Kelab Jelajah KL untuk sama-sama menjayakan kempen ini untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Kita sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Semua umat islam telah membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang kurang bernasib baik? Apa sahaja persiapan mereka untuk menyambut Ramadhan kali ini?


Assalamualaikum wbt. para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi.



إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل


“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi)


Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT bagi meraih keuntungan besar dari bulan ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyakkan bersedekah. Oleh yang demikian, kami di Kelab Jelajah KL terpanggil untuk menjalankan kempen “Berkongsi Rasa di Bulan Ramadhan”.



Kempen ini menyasarkan golongan asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar bandar Kuala Lumpur & Selangor. Harapan kami agar mereka dapat juga bersama-sama meraikan kemeriahan menyambut bulan ramadhan seperti insan yang lain.


Hasil dari sumbangan, sasaran kami adalah untuk menjalankan aktiviti agihan kurma, pek makanan untuk berbuka dan sahur bagi mereka yang kurang berkemampuan.



Ayuh, salurkan sumbangan anda di sumbangan.com. Semoga dengan sumbangan ini, dapat mengukir senyuman di wajah mereka dan sedikit sebanyak akan menjadi asbab pahala untuk kita di bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga ramadhan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya.



Membeli kurma bersama Pak Dhan,

Kurma dibeli diberi Mak Sicom,

Berkongsi rasa dibulan Ramadhan,

Ayuhlah menyumbang di sumbangan.com.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOR FARAHAZREEN MOHD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat