Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan terima kasih atas sumbangan yang diberi tampa para penyumbang kempen ini tidak akan berjalan .
Alhamdulillah, terimakasih yang dah #BuatBaik. Kita semua mampu membantu saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan untuk menikmati bulan ramadhan dengan lebih meriah lagi. Alhamdulillah team KJKL bersama pihak berkaitan telah membagikan amanah dari para penyumbang ke penerima manfaat. Jom kita tingkatkan lagi kebaikan yang boleh kita bagi.
#BuatBaik
Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, pada 6 April 2022 (Rabu) kempen Berkongsi Rasa di Bulan Ramadhan telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pihak Kelab Jelajah KL dan sumbangan.com. Aktiviti pengagihan kurma, barang makanan ini diberikan kepada golongan asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan membantu saudaranya yang memerlukan bantuan.
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!