YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 26, 2025

JOM BANTU KOS RAWATAN ADIK HAFIZ RAYYAN

RM575 / 2.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

28 Penyumbang

40 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

KEMPEN INI ADALAH UNTUK MEMBANTU ADIK HAFIZ RAYYAN YANG MENGIDAP SAKIT ANORECTAL ANOMALY & DISLEKSIA. SEMOGA BANTUAN ANDA MENJADI SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.


Di usia semuda 9 tahun, adik Muhammad Hafiz Rayyan telah melalui lebih banyak kesakitan berbanding apa yang sepatutnya ditanggung oleh seorang kanak-kanak. Dilahirkan dengan Anorectal Anomaly satu kecacatan sejak lahir iaitu saluran duburnya tidak terbentuk dengan sempurna. Oleh itu, adik Hafiz telah menjalani pelbagai prosedur pembedahan dan rawatan sejak bayi demi meneruskan hidup.




Perut adik Hafiz Rayan yang ditebuk untuk mengeluarkan usus bagi membuang air besar.



Kesan jahitan menutup semula lubang pada usus setelah doktor berjaya membuat lubang dubur.



Namun, ujian belum berakhir untuk si kecil ini. Baru-baru ini, adik Hafiz disahkan pula menghidap Disleksia, iaitu gangguan pembelajaran yang menyukarkannya untuk membaca, menulis dan memahami pelajaran seperti rakan-rakan seusianya. Ini menjadikan perjalanan pendidikannya jauh lebih mencabar. Kini, Hafiz amat memerlukan penilaian khusus (Specific Learning Disorder Assessment) yang kosnya agak tinggi, bagi menentukan rawatan dan pendekatan pendidikan khas yang sesuai buatnya.



Malangnya, keluarganya tidak berkemampuan.


Ibunya tidak mampu bekerja kerana pernah menjalani pembedahan membuang hempedu dan masih bergantung kepada rawatan. Ayahnya pula hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan yang sangat terhad. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Keluarga adik Hafiz merupakan golongan asnaf yang amat bergantung pada ihsan masyarakat.


Kos rawatan, ubat-ubatan dan pengangkutan ke hospital di Kuala Lumpur benar-benar membebankan mereka kerana ibu dan bapanya tidak mempunyai kereta serta rumah yang agak jauh dari ibu kota. Selain itu, keadaan adik Hafiz yang perlu memakai lampin pakai buang setiap hari merupakan satu lagi kos harian yang perlu ditanggung oleh keluarga ini.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu kepada anda, insan prihatin untuk sama-sama hulurkan bantuan buat adik Muhammad Hafiz Rayyan. Ringankan beban ibu bapanya. Sumbangan anda, walau sekecil mana pun mampu membuka harapan baru buat anak kecil ini yang sedang bertarung dalam diam.


“Siapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 05, 2025