Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen

Alhamdulillah, dengan sumbangan yang hulurkan dapat kami menampung perbelanjaan harian anak-anak asnaf dan yatim dari Pulau Langkawi .


Alhamdulillah syukur dengan izin Allah swt terdapat 4 orang pelajar maahad yang berasal daripada bumi Langkawi yang sedang belajar disini yang mana mereka berasal di dikalanagan anak yatim dan asnaf yang memerlukan sumbangan secara bulanan dan tahunan untuk mereka terus menuntut ilmu agama dalam pengajian hafazan Al-Quran dan pengajian kitab thuras masail fardu ain yang mana mereka memerlukan belanja pembiayaan harian seperti kos makan minum ,perubatan, wang saku,yuran pengajian dan lain-lain lagi.Oleh itu pihak maahad menganjurkan kempen ini,bertujuan mangajak muslimin muslimat sama-sama membantu mereka atas jalan ketaqwaaan untuk anak-anak ini dapat meneruskan pengajian hingga hafazan khatam Al-Quran 30 juzuk dan mendapat pembelaan sewajarnya untuk mereka menuntut ilmu agama Allah swt.insyaallah.
Sehubungan itu,pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih jazakumullahukhairan jaza' atas sumbangan infaq kalian bagi membantu mereka yang sedang berada dijalan Allah swt. menuntut ilmu agama.Mudah-mudahan dengan sedikit infaq kalian menjadi pencetus semangat mereka untuk menjadi hafiz Al-Quran yang beramal dengan tuntutan A-l-Quran dan menyebarkannya Amin. Untuk makluman tuan/puan muslimin muslimat yang dikasihi Allah swt. anak-anak pelajar langkawi ini mereka hanya pulang ke langkawi hanya setahun sekali sahaja pada hari raya Aidilfitri sahaja.selebihnya kebanyakkan waktu mereka dihabiskan di maahad tahfiz kami disini. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka mendapatkan sedikit pembiayaan pengajian dan sedikit belanja untuk mereka pulang ke kampung halaman pada penghujung ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi insyaallah.
Ayuh marilah kita sama-sama berinfaq membantu mereka berjihad mencapai cita-cita mereka Insyaallah.