Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 30, 2025
RM350 / 11.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah beri nikmat yang banyak kepada kita semua, khususnya di bulan Syaaban yang mulia ini sehingga kini Allah SWT masih lagi memberi nikmat kehidupan kepada kita. Dalam kehidupan dunia inilah, marilah kita mengambil peluang dengan sungguh-sungguh dengan mencari bekalan kebajikan akhirat untuk kehidupan kita yang sebenar di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, pihak maahad ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk menyemai benih kebajikan dalam menyumbang untuk pengajian anak-anak tahfiz asnaf yang berasal dari Langkawi ini agar dapat membantu mereka dalam menuntut ilmu agama dan sekaligus dapat meneruskan hasrat mereka menjadi seorang hafiz Al-Quran.
Di samping itu, apabila tamat pengajian mereka, diharapkan insya-Allah mereka dapat membantu memimpin masyarakat di Langkawi khususnya di sana bukan sekadar mengajar ilmu agama bahkan akan membantu dalam usaha menyebarkan seruan Islam dalam kalangan masyarakat Langkawi yang kurang dari sudut pendidikan agama.
Melalui sumbangan yang anda salurkan, pihak maahad akan membantu mereka menguruskan beberapa keperluan mereka seperti yuran pengajian, makan dan minum, pakaian mereka, pembiayaan tiket, dan sebagainya.
Marilah kita merebut peluang ini dengan berinfaq buat anak-anak asnaf Langkawi ini bermula RM10 bagi membantu mereka dalam menuntut agama dan melahirkan para hafiz Al-Quran dan para pendakwah yang akan menyemai berbakti di bumi Langkawi. Semoga Allah SWT memberi balasan yang baik kepada para penyumbang dan mencurahkan keberkatan dalam kehidupan kita di dunia dan meraih rahmat serta reda-Nya di akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Alhamdulillah, dengan sumbangan yang hulurkan dapat kami menampung perbelanjaan harian anak-anak asnaf dan yatim dari Pulau Langkawi .


Alhamdulillah syukur dengan izin Allah swt terdapat 4 orang pelajar maahad yang berasal daripada bumi Langkawi yang sedang belajar disini yang mana mereka berasal di dikalanagan anak yatim dan asnaf yang memerlukan sumbangan secara bulanan dan tahunan untuk mereka terus menuntut ilmu agama dalam pengajian hafazan Al-Quran dan pengajian kitab thuras masail fardu ain yang mana mereka memerlukan belanja pembiayaan harian seperti kos makan minum ,perubatan, wang saku,yuran pengajian dan lain-lain lagi.Oleh itu pihak maahad menganjurkan kempen ini,bertujuan mangajak muslimin muslimat sama-sama membantu mereka atas jalan ketaqwaaan untuk anak-anak ini dapat meneruskan pengajian hingga hafazan khatam Al-Quran 30 juzuk dan mendapat pembelaan sewajarnya untuk mereka menuntut ilmu agama Allah swt.insyaallah.
Sehubungan itu,pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih jazakumullahukhairan jaza' atas sumbangan infaq kalian bagi membantu mereka yang sedang berada dijalan Allah swt. menuntut ilmu agama.Mudah-mudahan dengan sedikit infaq kalian menjadi pencetus semangat mereka untuk menjadi hafiz Al-Quran yang beramal dengan tuntutan A-l-Quran dan menyebarkannya Amin. Untuk makluman tuan/puan muslimin muslimat yang dikasihi Allah swt. anak-anak pelajar langkawi ini mereka hanya pulang ke langkawi hanya setahun sekali sahaja pada hari raya Aidilfitri sahaja.selebihnya kebanyakkan waktu mereka dihabiskan di maahad tahfiz kami disini. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka mendapatkan sedikit pembiayaan pengajian dan sedikit belanja untuk mereka pulang ke kampung halaman pada penghujung ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi insyaallah.
Ayuh marilah kita sama-sama berinfaq membantu mereka berjihad mencapai cita-cita mereka Insyaallah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2025