BANTUAN KEWANGAN PENGURUSAN DAN INFRASTRUKTUR MAAHAD TAHFIZ ALMANAR

RM19,060 / 7.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

232 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami memerlukan bantuan sebanyak RM60,000 bagi pengurusan dan sebanyak RM190,000 bagi penambahbaikan infrastruktur Maahad. Semoga Allah membalas jasa tuan/puan yang menginfakkan harta ke Jalan Allah.


Assalamualaikum wbt para dermawan sekalian, kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dan bantuan kewangan untuk pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran & Bahasa Arab Al-Manar yang terjejas pendapatan dan sedang tenat akibat pandemik Covid-19.


Yuran daripada pelajar berkurangan secara drastik akibat pendapatan keluarga pelajar yang terjejas dan juga beberapa pelajar meninggalkan Maahad atas faktor kewangan dan ini menyebabkan kelangsungan Maahad terjejas.



Tunggakan demi tunggakan yang Maahad terpaksa tanggung selama fasa pandemik ini. Gaji guru-guru yang sudah tertunggak lebih daripada 3 bulan, tunggakan bil utiliti mencecah RM30,000 dan hanya menanti masa bekalan asas ini disekat kerana tunggakan tersebut.


Masalah ini tidak dapat diselesaikn atas faktor kekangan kewangan yang sangat kronik dan memerlukan bantuan dengan kadar segera. Kini Maahad berdepan dengan krisis penutupan setelah lebih 20 tahun bertapak melahirkan generasi Al-Quran dan pemangkin ummah buat masyarakat di Malaysia.


Namun begitu, pihak Maahad masih meneruskan sesi pembelajaran bagi memastikan para pelajar yang masih berbaki tidak ketinggalan pelajaran sepanjang tempoh pandemik sehingga kini bagi menunaikan amanah daripada ibu bapa. Guru-guru yang gigih berkorban, sanggup meneruskan perjuangan mendidik pelajar mahupun gaji tertunggak yang tidak mampu dibayar oleh pihak Maahad.



Infrastruktur Maahad juga yang serba kekurangan dan perlu diperbaiki segera. Projek yang sudah lama terbengkalai akibat kekurangan dana, makmal pelajar yang habis rosak akibat kebocoran siling, memberi impak terutama sekali kepada pelajar SPM. Kapasiti asrama yang terhad juga menyebabkan Maahad tidak dapat mengambil pelajar yang lebih bagi menampung kos-kos operasi sekolah. Jika infrastuktur Maahad Al-Manar dapat dibangunkan, dengan izin Allah, Maahad ini dapat diselamatkan.



Kami menyeru sempena bulan yang mulia ini, mari bersama untuk meraih pahala dengan menyumbang kepada kempen Bantuan Kewangan buat Maahad Tahfiz Al-Manar. Sumbangan ini bertujuan untuk memastikan Maahad Tahfiz Al-Manar dapat terus beroperasi dan meneruskan perjuangan untuk melahirkan generasi Al-Quran buat masyarakat di Malaysia.



Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita bisa menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Jom#BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM1,000.00

Sep 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat