MAAHAD AL-QURAN & BAHASA ARAB AL-MANAR

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

Penubuhan Maahad Al Quran Dan Bahasa Arab Al Manar adalah timbul di atas perasan ingin melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S. W. T dalam melahirkan ummah yang diharap mampu memberi sumbangan kepada perkembangan agama Islam. Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan beroperasi di Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Pada tahun 2000 Maahad Al-Manar telah berpindah ke Kelantan dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Dan Bahasa Arab Al-Manar. 


Matlamat penubuhan Maahad Tahfiz ini adalah untuk:

1. Membentuk generasi Al-Quran yang mampu menguasai ilmu duniawi & ukhrawi.

2. Melahirkan pelajar yang mampu menguasi Bahasa Arab sebaik mungkin.

3. Menyediakan kepada pelajar asas ilmu islam dan semasa serta kemahiran terkini yamg membolehkan mereka berinteraksi dengan teliti.

4. Membentuk generasi muda dengan akhlak Al_quran dan berusaha mengawal mereka dari sebarang penyelewengan.

5. Membentuk generasi muda yang mantap dan mampu member khidmat kepada ummah dan tanah air.



Maahad Tahfiz Al-Manar mempunyai visi untuk menjadi institusi pendidikan islam yang melahirkan generasi hadapan sebagai penyuluh jalan untuk ummah menuju Allah S. W. T. Juga berpandukan dengan misi untuk melahirkan calon ulama dan cendikiawam islam yang memiliki keperibadian terpuji, wasotiah, memiliki kefahaman yang benar terhadap islam, seimbang dunia dan akhirat dan berupaya memberi khidmat kepada agama, ummah, tanah air.


Usaha ini ternyata amat berat dan tidak mungkin berjaya tanpa sokongan semua pihak. Oleh itu Maahad Al Quran Dan Bahasa Arab Al Manar menyeru semua pihak untuk sama-sama berganding bahu bagi menjayakan usaha yang dibangunkan ini. Moga-moga ianya akan menjadi kebajikan untuk semuadan setiap yang kita korbankan akan menjadi pemberat timbangan untuk hari kemudian yang mana harta benda dan anak isteritidak lagi berguna kecuali mereka yang kembali kepada Allah S. W. T. dalam keadaan Salim. 

LOT 722, KG. BUKIT AKAR, SELISING , 16810, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
lembagapengarah.mtaam@gmail.com
+601110867774
+601110867774