Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Kabar gembira kita dengar dari pasukan Asar Humanity di Taiz, Yaman. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Wilayah Al Mudhaffar, Taiz, Yaman. Pasukan Asar Humanity kembali menghantarkan pek makanan hangat yang berisi nasi rempah, ayam golek, air mineral, dan buah pisang. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Mendekati pekan terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di hari-hari terakhir bulan haram di awal tahun baru Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan, semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah SWT, aamiin
Perang saudara di Yaman telah berlangsung selama tujuh tahun, dan pada masa itu puluhan ribu nyawa telah terkorban. Lebih daripada 3 juta rakyat Yaman kehilangan tempat tinggal dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya dari segi pakaian, selimut, air minuman dan makanan.
Sebaliknya, seramai 16.2 juta rakyat Yaman tidak terjamin makanan dan hampir 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami kekurangan makanan. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini yang mana pemenuhan keperluan makanan amat diperlukan.
Dan alhamdulillah, pada hari Jumaat, 14 April 2023, amanat daripada tuan-tuan dan puan-puan telah disampaikan kepada asnaf Yaman di kawasan Marib, Yaman, yang mana sebelum ini sumbangan dari laman kempen ini telah digabungkan dengan laman kempen lain untuk mendapat manfaat yang lebih luas. Alhamdulillah, sebanyak 206 pakej iftar telah diterima oleh para penerima manfaat.
Dengan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, alhamdulillah dapat memberi manfaat kepada asnaf Yaman untuk berbuka puasa. Teringat hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad:
"Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun." (HR. Ahmad)
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah balas dengan sebaik-baik balasan dan semoga pahala yang diterima sama seperti pahala orang berpuasa yang menerima pakej berbuka puasa daripada tuan dan puan.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh