Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM55 / 1.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sebalik kesenangan yang kita nikmati, terdapat ramai pelajar maahad tahfiz, anak yatim, dan dhuafa di pelosok Indonesia yang sedang berjuang menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan. Mereka memikul amanah besar, mempelajari dan menghafal Al-Quran. Namun, banyak di antara mereka tidak mendapatkan makanan yang bergizi dan layak.
Tanpa makanan yang bergizi, mereka terdedah kepada masalah kesihatan yang mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar dan menghafal Al-Quran. Makanan yang bernutrisi bukan sahaja penting untuk tubuh mereka, tetapi juga membantu mereka untuk kekal fokus dan bersemangat dalam menuntut ilmu agama.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga.” (HR. Tirmidzi)
Kesempatan ini adalah peluang untuk kita merebut pahala besar dengan membantu mereka yang sedang berjuang di jalan Allah. ASAR Humanity kini mengambil inisiatif untuk menyalurkan paket makanan bergizi kepada pelajar maahad tahfiz, anak yatim, dan dhuafa yang memerlukan.
Dengan sumbangan anda, insya-Allah kita dapat memastikan mereka mendapat makanan sihat untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental, keperluan asas harian yang membantu mereka fokus dalam belajar serta keperluan asas harian yang membantu mereka fokus dalam belajar.
Setiap paket makanan yang kita sumbangkan bukan sahaja menyokong kehidupan mereka, tetapi juga menyokong perjuangan mereka dalam menjaga dan menyebarkan kalam Allah. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala anda dan menjadikan setiap kebaikan yang anda lakukan sebagai bekalan berharga di akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2024