ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 09, 2025

EMERGENCY RELIEF BERKONGSI HADIRKAN MAKANAN SIAP SANTAP UNTUK LEBANON

RM50 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Lebanon kini berada di tengah krisis kemanusiaan yang sangat mendalam. Jom bantu saudara kita di Lebanon mendapatkan makanan hangat di tengah krisis dan konflik bersama ASAR Humanity.


Konflik berpanjangan dan serangan berulang kali telah memaksa lebih dari 1.5 juta penduduk untuk mengungsi dan kehilangan tempat tinggal. Ekonomi yang runtuh, kekurangan bahan makanan, dan akses terbatas kepada air bersih telah memperburuk keadaan. Di tengah krisis ini, banyak keluarga, terutama anak-anak, ibu, dan warga emas, yang harus bertahan hidup dengan bekalan yang sangat minimum.



ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan makanan hangat kepada saudara-saudara kita di Lebanon. Namun, ini hanyalah sedikit. Mereka tidak hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi juga akses kepada makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. Bank Dunia melaporkan bahawa krisis di Lebanon adalah salah satu yang paling buruk sejak pertengahan abad ke-19. Di tengah situasi ini, serangan zionis hanya menambah kesengsaraan mereka.



Kami ingin terus mengirimkan makanan hangat kepada mereka yang menderita di Lebanon dan Gaza. Setiap sumbangan dari anda akan membantu membawa makanan dan harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk bertahan hidup. Sedikit dari kita, besar bagi mereka. Setiap bantuan yang anda hulurkan akan menjadi cahaya harapan buat mereka yang kini dalam kegelapan.



Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245:


"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."


Mari kita berganding bahu membantu saudara-saudara kita di Lebanon dan Gaza. Setiap sen yang anda sumbangkan akan menjadi bekal amal jariah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2025

MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat