Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamualaikum, update situasi terkini kehidupan saudara Palestin di Lubnan yang hidup dalam serba kekurangan. Terima kasih kepada para penyumbang di Sumbangan.com yang terus menyokong saudara saudara kita. Semoga bantuan dari orang orang baik terus membawa sinar harapan buat mereka.
#SumbanganUntukPalestin #PelarianPalestin #DoaDanDukungan #ASARHumanity #KempenKemanusiaan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Keadaan di Lebanon saat ini sangat memprihatinkan. Serangan yang berterusan telah mengakibatkan lebih daripada 3,243 kematian dan 14,134 kecederaan di kalangan penduduk awam.
Di kem-kem pelarian, ratusan ribu penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka menghadapi kekurangan makanan dan perkhidmatan kesihatan. Menurut Komite Penyelamatan Internasional (IRC), 82% daripada 200 keluarga pelarian yang disurvei melaporkan kesulitan mendapatkan makanan.

Akses kepada air bersih juga menjadi masalah kritikal. UNICEF memberi amaran bahawa lebih daripada 4 juta orang, termasuk 1 juta pelarian, berisiko kehilangan akses kepada air bersih di Lebanon.

Salah satu usaha yang dapat kita lakukan adalah dengan mengirimkan makanan siap santap kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, sokongan moral dan doa daripada kita semua sangat penting untuk saudara-saudara kita di Lebanon.

Mari kita bersama-sama membantu meringankan penderitaan mereka dengan menyisihkan sebahagian rezeki dan terus mendoakan keselamatan serta kesejahteraan mereka.
Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/sedekahairbersihkeperluansaudaralebanon
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team