Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM3,355 / 55.92 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
165 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan keberkatan Ramadhan ini, kita akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa." (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Kami mengajak orang ramai untuk bersama meraikan asnaf di bulan Ramadhan dan Aiidilfitri dengan bekongsi makanan dengan yang memerlukan.
“Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)
Ramadhan adalah bulan yang kita tunggu-tunggu. Semua amalan kebaikan kita gandakan dan diberikan gadaan oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bermaksud:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Kami akan menyediakan pemberian makanan samada makanan berbuka atau makanan kering kepada keluarga asnaf dan miskin pada minggu kedua Aifilfitri. Ianya akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan akan membawa manfaat kepada anak yatim dan asnaf dari kempen yang diadakan ini. Ianya akan dapat memberikan sedikit rasa kegembiraan kepada mereka ini pada Aifilfitri ini.
Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana pahala bersedekah akan dilipatgandakan tanpa boleh dihitung oleh manusia seperti Firman oleh Allah SWT dalam ayat 261 Surah Al-Baqarah: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, kita akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah.
Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Semoga semua amalan kebaikan kita dan jariah kita di bulan mulia diangkat oleh Allah SWT dan ditambahkan pahala kebaikan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 27, 2022