Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,085 / 21.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
43 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rumah Baitul Kasih terdiri daripada anak-anak yatim piatu, anak gelandangan dan anak yang ditinggalkan keluarga kerana kesempitan hidup. Mereka terdiri daripada 80 lelaki dan perempuan, dari bayi hingga remaja.
Di sini, mereka disediakan tempat tinggal, makan, minum dan keperluan asas persekolahan.

Pengusaha berusaha membangunkan pusat ini dengan dengan penuh kepayahan dan kini beroperasi di atas hasil sumbangan masyarakat setempat dan orang ramai.
Justeru, pusat ini memerlukan sumbangan untuk meneruskan pengoperasian demi menyara anak-anak ini.

YAMM turut berusaha membantu pusat ini dengan mendapatkan sumbangan orang ramai bagi meringankan bebanan pihak mereka. Ayuh, bantulah mereka daripada terus dihimpit kesempitan. Antara mereka bukan sahaja tidak berayah atau beribu, malah jika ada sekalipun, mereka dipinggirkan.

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).
Bantulah mereka. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan, anda akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Ramadan Kian Terasa, Namun Mereka Tiada Tempat Bermanja

Ketika kita berbuka dalam pelukan keluarga, ada anak-anak yatim di Rawang yang hanya mampu menatap ke luar jendela, merindukan kasih ibu dan ayah yang telah tiada.
Di saat kita menikmati juadah enak, mereka mungkin hanya mengisi perut dengan apa yang ada. Di saat kita berbual dan ketawa bersama keluarga, mereka hanya berteman sepi.

Jangan biarkan mereka merasa tersisih di bulan penuh keberkatan ini.

Hulurkan sumbangan anda. Sedikit dari kita, besar maknanya bagi mereka. Biarkan mereka merasa disayangi, biarkan mereka tersenyum gembira.
Perkembangan terkini, Pihak YAMM telah pon melawat rumah anak yatim baitul kasih dirawang dan memberi makan anak-anak yatim ini.Semoga penyumbang yang menyumbang mendapat berkat dari Allah.



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 25, 2024