
Assalamualaikum Wrt Wbt,
Kepada rakyat Malaysia yang dihormati,
Kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menyumbang ke arah memperkukuhkan inisiatif perundangan antarabangsa bagi membela nasib rakyat Palestin.
Selain meneruskan dengan berdoa dan menyumbangkan bantuan wang, makanan, barangan keperluan dan ubat-ubatan, kita juga boleh berusaha ke arah menghentikan punca kekejaman terhadap rakyat Palestin, dengan menggunakan saluran perundangan antarabangsa bagi membela hak-hak mereka yang tertindas. Kita juga mahu memastikan tanah yang diduduki secara haram oleh rejim zionis dapat dikembalikan semula kepada penduduk Palestin.
Kita juga boleh memperkukuh usaha dakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan genosid, kebuluran terancang, pemusnahan hospital, sekolah dan universiti. Kesemua ini memerlukan lebih daripada bantuan kemanusiaan yang kita biasa berikan. Kesemua ini memerlukan tindakan dan usaha berstrategi dan berimpak tinggi khususnya melalui tindakan perundangan di platform antarabangsa (Rujuk: Hujah pakar Malaysia di ICC buktikan Palestin berdaulat https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20210210/281775631851272)
Inilah yang telah kami, pasukan perundangan Centhra dan rakan-rakan peguam lain lakukan sejak 2015. Kita semakin hampir untuk melihat waran tangkap dikeluarkan terhadap pemimpin rejim zionis yang kejam. Kita juga sedang melobi untuk sebuah Tribunal Jenayah Antarabangsa ditubuhkan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan. Centhra juga sedang melobi untuk suatu resolusi bagi mendapatkan pampasan genosid bagi rakyat Palestin yang kehilangan ahli keluarga dan hatta benda mereka (Rujuk: Dunia perlukan piagam baharu ubah kesedaran banteras genosid https://www.bharian.com.my/amp/rencana/lain-lain/2024/07/1278619/dunia-perlukan-piagam-baharu-ubah-kesedaran-banteras-genosid)
Rakyat Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada teras usaha ini. Sumbangan anda akan memperkukuh usaha pasukan kami mengumpulkan bukti-bukti kekejaman, merekodkan kenyataan para saksi dan mangsa kezaliman serta menyempurnakan proses di saluran perundangan termasuk di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC). (Rujuk: Ancaman Israel bom hospital di Gaza bertentangan undang-undang antarabangsa – Centhra https://www.sabahbarunews.com/?p=31400&=1)
Kita tidak boleh sekadar menunggu tindakan kerajaan-kerajaan kerana birokrasi dan kepentingan sosio-ekonomi menghambat keputusan-keputusan mereka. Kita perlu bertindak melalui tindakan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) dan inilah yang telah kami mulakan dan kami memerlukan bantuan rakyat Malaysia untuk meneruskan usaha strategik ini.
(Rujuk: ICC di peringkat akhir analisis, siasat dakwaan terhadap Israel https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/29141)
Untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada usaha ini, sila klik pautan ini https://sumbangan.com/masacenthrajustice4palestine.
Sekecil manapun sumbangan anda, pasti akan memberikan impak terhadap usaha ini, insyaAllāh!
Yang benar,
Azril Mohd Amin