Bayangkan saat anda melangkah ke rumah Allah, namun atapnya bocor, dinding kayunya usang, dan ruang solat yang serba daif masih berdindingkan kayu lama. Inilah keadaan Masjid Kariah Majau saat ini. Sebuah tempat ibadah yang semakin uzur, menanti belas ihsan kita semua.

Para jemaah di sini kebanyakannya warga emas, tetap setia datang ke masjid untuk beribadah, walaupun keadaan serba kekurangan. Mereka berjalan perlahan, bertongkat, melangkah masuk ke ruang solat yang sudah tua, di bawah atap yang sering menitikkan air hujan. Pintu tandas yang sepatutnya memberi keselesaan kini reput, hampir roboh. Setiap kali mereka sujud, mereka berdoa agar ada hati yang tersentuh untuk membantu memulihkan rumah Allah ini.

Bayangkan jika mereka adalah ibu dan ayah kita, apakah kita sanggup melihat mereka solat dalam keadaan yang tidak selesa?
Apakah kita sanggup membiarkan mereka beribadah di tempat yang usang dan semakin rosak hari demi hari?

Telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu, menggunakan bangunan kayu yang diterima pengubahsuaian daripada Kerajaan Negeri serta orang ramai. Terdapat beberapa kemudahan yang perlu dibaiki seperti:
1. Tempat solat jemaah wanita.
2. Stor & bilik pengurusan mayat.
3. Menambah baik tandas.
4. Membina mihrab & mimbar khutbah yang usang.
5. Membuat tempat letak kenderaan.
6. Membaik pulih pagar dan landskap.
Kemudahan ini amat diperlukan untuk memberi keselesaan jemaah menjelang Ramadan ini.
Marilah bersama-sama menginfaq membaik pulih Mesjid Majau ini. Mudah-mudahan anda diberkati dan di dunia & akhirat. Masjid ini bukan sekadar bangunan, tetapi tempat di mana doa-doa dipanjatkan, tempat di mana hati-hati hamba Allah tunduk menyembah-Nya. Hari ini, mereka memerlukan bantuan kita. Walau sedikit, setiap sumbangan akan menjadi saham akhirat yang berkekalan.
Jom #BuatBaik!

Baru-baru ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia berkesempatan menziarahi Masjid Majau, Negeri Sembilan dan melihat sendiri keadaan rumah Allah ini yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan kita semua.
Saluran bumbung masjid yang telah lama bocor masih belum dapat dibaiki sepenuhnya kerana kekurangan dana. Setiap kali hujan, lantai menjadi basah dan licin. Hal ini menjadi risiko untuk terjatuh kepada jemaah yang hadir.
Tandas pula rosak dan lantainya telah usang serta licin. Hal ini amat membahayakan, khususnya kepada jemaah warga emas. Bayangkan jika yang tergelincir itu adalah ibu atau ayah kita sendiri, yang datang dengan niat suci untuk beribadah.

Pagar masjid yang rosak juga masih belum dibaiki dan tersadai begitu sahaja kerana tiada peruntukan. Ini bukan hanya isu kecantikan, tetapi juga keselamatan jemaah, khususnya anak-anak kecil dan warga emas.
Kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan untuk sama-sama membantu meringankan beban pihak masjid. Sumbangan ini bukan sahaja membantu memperbaiki prasarana, tetapi juga menjadi amal jariah yang berpanjangan ganjarannya.

“Siapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Masjid Kariah Majau perlukan bantuan kita…”
Bayangkan langkah pertama jemaah menuju masjid, terpaksa melintasi tandas usang dengan paip yang bocor dan bau yang kurang menyenangkan.

Tempat mengambil wuduk pula sudah mula merekah, lantainya pecah dan membahayakan warga emas yang datang dengan harapan ingin beribadah dalam tenang.

Bilik pengurusan jenazah pula terlalu lama tidak dibaiki. Usang, suram, dan tidak lagi sesuai untuk mengurus insan yang telah pergi menghadap Ilahi dengan penuh hormat.

Pagar masjid sebahagiannya sudah roboh. Tiada lagi rasa selamat, tiada lagi suasana yang terjaga.
Masjid ini bukan sekadar bangunan, ia rumah ibadah, tempat berlindung, tempat anak-anak belajar mengenal Tuhan. Tetapi kini, rumah ini sedang sakit, menanti ihsan kita untuk pulih semula.

Mari kita bantu. Hulurkan sumbangan untuk membaiki Masjid Kariah Majau.
Setiap sen anda, harapan buat rumah Allah yang makin uzur.
“Masjid Kariah Majau Merintih… Bantulah Kami Kembalikan Sinarannya”
Setiap hari, masjid ini menjadi saksi langkah-langkah jemaah yang datang untuk bersujud kepada-Nya. Namun, ruang solat yang sempit sering kali membuat ramai terpaksa solat di luar, berpanas dan berhujan.
Ruang tangga yang sempit dan licin menyukarkan warga emas yang bertongkat untuk naik ke atas masjid. Hati kami pilu melihat mereka melangkah dengan penuh risiko, takut tergelincir dan terjatuh.

Pintu dan pagar masjid yang usang tidak lagi dapat melindungi rumah Allah ini. Ruang parkir yang berlubang dan tidak sempurna menyukarkan jemaah, terutama yang membawa keluarga kecil.

Masjid ini bukan sekadar bangunan, ia adalah jiwa dan nadi masyarakat. Namun, keadaannya semakin uzur… dan kami tidak mampu membaikinya tanpa bantuan anda.
Sumbangan anda, walau sekecil mana, akan menjadi asbab besar untuk keselesaan jemaah dan pahala berpanjangan buat anda.
Ramadan kian menghampiri, bulan penuh keberkatan dan ibadah. Namun, hati kami sebak melihat keadaan masjid Kariah Majau yang masih uzur, tidak mampu menampung jemaah dengan selesa.
Pagar masjid yang rosak masih belum dapat diperbaiki kerana kekurangan dana.

Ruang solat wanita juga perlu dibaik pulih, langsir yang lusuh harus diganti, dan saluran air di bumbung yang bocor semakin membahayakan jemaah, terutama warga emas yang berisiko tergelincir.

Tapak parkir yang tidak sempurna dan tandas yang uzur juga menjadi kesulitan bagi jemaah, terutama golongan tua yang saban hari datang beribadah di sini. Kami ingin menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk mereka, namun dana yang ada masih belum mencukupi.

Dengan rendah hati, kami memohon sumbangan ikhlas daripada saudara-saudari sekalian. Setiap sen yang disumbangkan menjadi amal jariah yang akan terus mengalir pahalanya. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan keberkatan dunia dan akhirat.
Baru-baru ini, pihak YAMM telah berkesempatan melawat Masjid Kariah Majau dan melihat sendiri keadaan masjid yang masih lusuh dan daif kerana sumbangan yang diterima masih belum mencukupi.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini