YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 19, 2022

INFAQ KOTAK REZEKI UNTUK ASNAF KELUARGA NELAYAN

RM200 / 0.01 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,578,888

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita memberi sedikit rezeki kita kepada nelayan asnaf. Sedikit pemberian anda membawa seribu kebaikan kepada nelayan-nelayan asnaf. Ia mampu meringankan beban hidup mereka.


Assalamualaikum para penyumbang di sumbangan.com. Ayuh bantu nelayan yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barangan makanan asas semakin meningkat seolah-olah tiada kawalan yang dikenakan. Akibatnya, golongan rakyat biasa yang mempunyai pendapatan sekadar cukup makan yang amat terkesan akibat kenaikan harga barang ini. 


Nelayan ialah golongan yang banyak masyarakat terlepas pandang, hidup nelayan banyak bergantung pada hasil tangkapan saja dan pendapatan mereka tidak tetap. Bukan semua nelayan hidup serba cukup. Ada sebahagiannya hidup dalam serba kekurangan,kebanyakan nelayan mempunyai keluarga untuk disara dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.Tambahan pula subsidi dari kerajaan tidak menentu. Justeru itu, kami Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membantu golongan ini.


Pahala yang berterusan dari sedekah kita akan terus mengalir dalam setiap aktiviti nelayan dan seterusnya kepada pembeli yang membeli dan turun-temurun kepada generasi kita. Insya-Allah setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat ganjaran pahala Allah SWT.


Pernah suatu hari Rasulullah didatangi oleh satu kumpulan manusia yang sangat miskin. Mereka berkaki ayam, pakaian dan penampilan mereka menggambarkan kesusahan hidup mereka. Sahabat Nabi yang menyaksikan peristiwa ini berkata:

فتمعر وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم لما رأى بهم من الفاقة

“Berubah wajah Rasulullah bilamana melihat keadaan susah yang mereka hadapi.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat