Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM646 / 6.46 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air bersih adalah keperluan asas setiap manusia. Namun, di beberapa kawasan pedalaman dan terpencil, akses kepada air bersih masih menjadi cabaran besar. Ramai keluarga masih terpaksa berjalan jauh setiap hari, menggunakan sumber air komuniti yang terhad hanya untuk mengisi baldi demi keperluan harian.

ASAR Humanity telah sekian lama membina telaga dan sistem bekalan air di pelbagai wilayah. Tetapi, masalah tidak selesai di situ, tidak semua rumah disambungkan dengan paip air, menyebabkan ramai masih bergantung kepada satu sumber air bersama. Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk membina dan memasang 1,000 unit paip air di rumah-rumah penduduk, agar mereka tidak lagi perlu berjalan jauh, tidak perlu berkongsi air yang tercemar, dan dapat menjaga kebersihan serta kesihatan keluarga dengan lebih baik. Inilah langkah kecil yang akan membawa perubahan besar.

Setiap paip yang anda sumbangkan akan menjadi sadaqah jariyah, mengalir pahalanya selama air itu terus digunakan. Bayangkan, selama bertahun-tahun, setiap titisan yang digunakan untuk berwuduk, minum, mandi, atau memasak akan menjadi saksi amal kebaikan anda di hadapan Allah SWT.
“Sebaik-baik sedekah adalah memberikan air.” (HR. Ahmad)

Ayuh kita lengkapkan misi ini bersama. Bersama ASAR Humanity, anda boleh bantu memudahkan kehidupan mereka yang selama ini menanti kemudahan asas ini. Setiap titisan air adalah harapan. Setiap paip adalah sedekah berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2025